Jumaat, 25 September 2009

AHLI JAWATANKUASA MASJID 2008-2011


Hj Tajul Urus Dawam
Setiausaha


1. MOHD HASIM BIN MUNAJAT
NAZIR KELOMPOK 18-C-0-01 019-2245848

MOHAMAD SHUKOR B PUTEH
IMAM BESAR 019-6664226

2 TAJUL URUS BIN DAWAM
SETIAUSAHA KELOMPOK 17-D-0-02 HP: 019-3581428

3 MOHD ZAMARI BIN SUHOT
PEN. S/USAHA KELOMPOK 17-F-1-04 HP:019-2244265

4 HJ MOHD YUSOF B KAMARUDIN
BENDAHARI KELOMPOK 2-C-00-02 HP: 017-3785326

5 JAMALUDDIN BIN ITAM AHMAD
PEN. BENDAHARI KELOMPOK 7-E-1-12 HP: 012-6255575

6 MOHD YUSOP BIN MD YUSAK
IMAM PELAPIS No 17 G, PERSADA DAMAI, BANDAR ENSTEK 71900
NILAI, NEGERI SEMBILAN. HP: 019-2315642

7 KAINI BIN ISMADI
AJK KELOMPOK 6-A-0-06  HP: 017-3633415

8 NIK AB KADIR BIN NIK OMAR
AJK KELOMPOK 4-A-0-03 HP: 019-2655859

9 MD ZAHID BIN ABDUL GHANI
AJK KELOMPOK 8-C-01-05 HP: 019-2181099

10 ALIAS BIN SULAIMAN
AJK KELOMPOK 8-B-01-11 HP: 012-2259438

11 ABAS BIN SADIKIN
AJK KELOMPOK 7- B-00-01 HP: 012-3840764

12 ABD AZIZ BIN MOKTAR
AJK 57, Jalan Cendrawasih 2/2, 71760 Bandar Enstek Labu HP: 019-2088389

14 MOHD KHAIRI BIN MOHD IDRIS
AJK KELOMPOK 7-E-02-13 HP:019-6953489

15 IBRAHIM BIN SABTU
AJK 33K PERSADA DAMAI, Bandar Ensteks. HP: 0192676148

16 ROSNANI BT OTHMAN
AJK WANITA KELOMPOK 8-C-01-04 HP: 017-2508085

17 TERMIZI BIN MOHD NOR
JURU AUDIT I KELOMPOK 13-E-00-01 TEL;03-87872451

18 AHMAD SUHAIMI B. ABD AHMAD
JURU AUDIT II  KELOMPOK 10-D-0.01 HP: 013-3682838

MUSTAKIM BIN MUSTAFA
WAKIL TASKI KELOMPOK 2-A-00-07 HP: 019-3385791

MUHASSAN BIN MOHD
WAKIL SARA  KOTA SRIMAS HP: 012-6464679

Selasa, 15 September 2009

IJTIMA' TABLIGH DI MASJID KUARTERS KLIA, NILAI

Ijtima' Tabligh SeMalaysia telah diadakan di Kuarters KLIA pada 10 - 12 Julai 2009. Ijtima' kali ini berjaya mengumpulkan jemaah bukan sahaja diseluruh Malaysia malah serata dunia seramai 200 ribu jemaah.

Pada Ijtima' tersebut, beberapa orang pemimpin negara sempat mengunjungi khemah-khemah yang menempatkan pada jemaah tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama
Hj Mohamad Hassan Sedang menyampaikan ucapan
kepada peserta Ijtima' di Masjid Kuarters KLIA.
Yam Tuan Besar Negeri Sembilan melawat khemah
Peserta Ijtima'
YB Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi turut melawat
khemah Ijtimak.
Sejarah!!! berlaku
Limpahan jemaah semasa solat Jumaat pada 10 Julai 09
di Masjid Kuarters KLIA.
Limpahan hingga ke atas tanah perkarangan masjid
bersambung hingga ke tempat perkhemahan
berhampiran Kg Jijan.

Isnin, 14 September 2009

MAJLIS KHATAM ALQURAN



InsyaAllah, majlis khatam alquran masjid Kuarters KLIA akan diadakan pada 16 Sept 2009 bersamaan hari Rabu. Majlis tersebut sebagai penutup bagi kumpulan pentadarus yang telah menamatkan tadurus mereka musim ini.

Disamping itu pihak masjid akan memberi sedikit sumbangan kepada pentadarus Al quran serta petugas-petugas yang melaksanakan tugas-tugas khas sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Khamis, 10 September 2009

AN NAJAH RAKAM ALBUM

Sedang buat rakaman di Hijjaz Record..


Kumpulan Marhaban Masjid Kuarters KLIA telah ditubuhkan sejak tahun 2006. Kumpulan ini dinamakan kumpulan An Najah. Kumpulan Marhaban An Najah telah menjadi ' Juara ' dalam pertandingan Marhaban dan Berzanji peringkat Negeri Sembilan tahun 2009.

Kini kumpulan An Najah mengorak langkah kehadapan dengan merakamkan album sulongnya dalam misi Selawat, Marhaban, Berzanji dan Seruan Azan. Sesi rakaman telah dibuat di Hijjaz Rekod. Menurut pengurus An Najah Hj Tajul Urus Dawam, Insya Allah album ini akan dilancarkan pada minggu ke tiga Syawal nanti di dewan Kuarters KLIA sempena sambutan Hariraya bersama penduduk.

An Najah juga sedang berusaha untuk berkerjasama dengan Badan Kebajikan Islam Kastam ( BAKISKA)untuk mengedarkan album tersebut dalam bentuk CD.

Semua jemaah harap tunggguuuu.........

Rabu, 9 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam N. Sembilan
menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

Masjid telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim Kariah Masjid ini pada 12 Sept. 2009 mulai jam 6.15 petang. Mengikut daftar, seramai 85 orang anak-anak yatim yang terdapat dikawasan ini akan diraikan pada majlis tersebut.

Sumbangan kepada anak-anak yatim serta balu-balu adalah menjadi agenda tetap masjid ini setiap tahun. Program ini dilaksanakan oleh Biro Wanita dengan kerjasama Jawatankuasa masjid. Ia bertujuan untuk meringankan beban ibu-ibu tunggal yang memelihara anak-anak mereka bagi menghadapi Hari Raya nanti.

Menurut Pengerusi Biro Wanita Masjid Puan Rosnani bt Othman, sumber-sumber kewangan adalah sumbangan daripada orang ramai yang hadir kemasjid ini.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Selamat bin Paigo.

As Syeikh Dr Mohamad Mahmod Syiami



Pihak masjid Kuarters KLIA telah menjemput As Syeikh Dr Mohamad Mahmod Syiami ke masjid ini pada 5 Sept 2009. Beliau adalah mantan Imam / Khatib masjid Al Aqsa, mantan Rektor Universiti Islam Gaza dan sekarang AJK AlQuds.

Beliau telah mengimamkan solat Terawikh pada malam tersebut. Disamping itu beliau telah menyampaikan tazkirah kepada para jemaah. Sambutan dari orang ramai dipersekitaran adalah luar biasa dimana kehadiran amat membanggakan.

Pungutan derma sebanyak RM 3600.00 telah berjaya dipungut untuk membantu saudara Islam di Gaza dan Palestin. Kepada penderma diucapkan ribuan terima kasih.

As Syeikh Mohamad Mahmod Syiami

SEJARAH PEMBINAAN MASJID KUARTERS KLIA












Masjid Kuarters KLIA ini telah dibina pada tahun 1998 dibawah perutukan Jabatan Perdana Menteri bersama pakej Kuarters KLIA. Masjid ini terletak di dalam kawasan Kuarters KLIA dikawasan Nilai Negeri Sembilan.

Solat berjemaah yang pertama pada 16 Mac 2000 dan Solat Jumaat pertama pada 7 Julai 2000. Buat masa ini masjid ini adalah yang terbesar di Negeri Sembilan. Ia dapat menampung seramai 5000 jemaah dalam satu masa.

Ditingkat bawah terdapat Sekolah Agama Rakyat yang terletak dibawah pengurusan masjid. Pelajar SARA kini seramai 800 orang. Disamping itu terdapat juga Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ( TASKI ) dibawah pentadbiran masjid ini. Bangunan TASKI ini terletak bersebelahan masjid. Masa ini9 pelar seramai 120 orang.

Nazir yang pertama ialah Tuan HJ Mohd Yusop bin Md Yusak

Imam Besar Pertama Ustaz Ahmad Najib bin Jalal.