Selasa, 27 Oktober 2009

QURBAN 2009

 
Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan majlis Qurban sempena Hari Raya Haji pada tahun ini pada 28 Nov 2009. Pada tahun ini sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih untuk korban.Pihak masjid telah menetapkan korban dilaksanakan pada hari Sabtu memandangkan hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat.

Semua daging telah disedekahkan kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin serta orang ramai yang hadir pada hari tersebut. Disamping itu kenduri telah diadakan  selepas solat Isya'.

Harga sebahagian RM 350.00    ( Lembu )      T/kasih

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI




Majlis khatan untuk anak-anak musim cuti sekolah telah diadakan pada
tarikh berikut;
                    Tarikh : 5 Disember 2009     ( Sabtu )
                    Masa  : 8.00 pagi
                    Tempat : Masjid Kuarters KLIA.
                    Bayaran RM 100.00 seorang termasuk kenduri.

Seramai 28 orang anak-anak telah menyertai program berkhatan. Sebelum itu, imam Besar Ust. Abd Shukor telah membacakan doa selamat dan Nazir Hj Hasim Munajat telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak tersebut.
Tuan Hj Yusof Kamarudin telah mengetuai selawat beramai-ramai dan seterusnya kanak-kanak tersebut telah di sembur dengan pancutan air dari paip masjid.

Rabu, 21 Oktober 2009

PELANCARAN ALBUM AN NAJAH

Buat julung kalinya masjid Kuarters KLIA melalui Biro Kebudayaan dan Kesenian telah menerbitkan Album sulongnya oleh kumpulan selawat & marhaban An Najah. Kumpulan ini telah menjuarai  pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat Negeri Sembilan pada bulan Julai 2009.
          Dianggotai seramai 9 orang, An Najah telah merakamkan album pertama di Hijjaz rekod dalam bentuk CD. Majlis pelancaran album An Najah telah disempurnakan pada 18 Okt 2009 oleh YB Datuk Hashim bin Rusdi, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA.
         Disamping itu pihak penganjur telah mengadakan jamuan hariraya Idul Fitri bersama lain-lain komuniti seperti Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA, Rukun Tetangga, Sekolah Kebangsaan, Sek. Menengah, Sek. Agama Al Qalam dan Surau Al Hidayah. Kehadiran orang ramai khususnya penduduk Kuarters KLIA dianggarkan seramai 1500 orang.




Jumaat, 2 Oktober 2009

JAMUAN HARIRAYA GABUNGAN KOMUNITI

JAMUAN HARIRAYA

KUARTERS KLIA

GABUNGAN KOMUNITI
Anjuran:
Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA ( BAKEP ) - Gerai Satay & Nasi Impit
Rukun Tetangga Kuarters KLIA - Gerai Lontong & Mee Kari
Masjid Kuarters KLIA - Gerai Nasi Bryani
Sek. Men Keb Kompleks KLIA - Gerai Kuih-kuih
Sek. Keb. Kompleks KLIA - Gerai Minuman Panas & Sejuk
Sek Agama Rakyat AlQalam - Gerai Lemang & Rendang
Surau Al Hidayah Enstek. - Gerai Buah-buahan
Jamuan Hariraya dikuarters KLIA telah diadakan pada 18 Okt 2009 - Ahad bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA. Pada tahun ini jamuan hariraya terlah dibuat secara usahasama hasil gabungan 7 NGO yang terdapat di kuarters KLIA.
Sambutan amat menggalakan sekali. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ADUN kawasan Labu, YB Datuk Hj Hashim bin Rusdi.
Disamping itu pelbagai persembahan telah diadakan termasuk kumpulan Marhaban An Najah dan Kumpulan Nasyid Remaja Kuarters KLIA. Pertandingan gerai tercantik telah diadakan. Pemenang gerai tercantik adalah seperti berikut;
Johan          : Gerai Rukun Tetanggan
Naib Johan : Gerai Sek. Men. keb. Kompleks KLIA
Ketiga        : Gerai Sek. Keb. Kompleks KLIA
Hadiah-hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh pengerusi penganjur Tn Hj Tajul Urus bin Dawam.







BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT


Majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi calon-calon PMR dan SPM telah diadakan dimasjid ini pada 1 Okt 2009. Majlis ini diadakan setiap kali pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Pada kali ini Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA dengan kerjasama PIBG telah mengambil inisiatif menganjurkan majlis tersebut.
         Turut hadir ialah Pengetua SMKKLIA Tuan Hj Mohamad Fiah bin Md Jamin serta guru-guru Sekolah berkenaan.
Disamping itu juga, dimajlis yang sama turut dihadiri oleh pelajar-pelajar Sek. Agama AlQalam yang akan mengambil peperiksaan PSRA dan UPKK. Sek. agama diketuai oleh Mudirnya Tuan Hj Mohd Yusof bin Kamarudin. Majlis ini akan dijadikan acara tahunan.