Selasa, 31 Ogos 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN MASJID KUARTERS KLIA

Majlis Khatam Al Quran dan penyampaian saguhati pentadarus telah diadakan pada tarikh berikut;

   Tarikh   : 4 Sept 2010      Sabtu
   Masa    : Lepas Solat Magrib
   Tempat  : Dewan Solat Masjid Kuarterts KLIA

Ustaz Mohd Shukor Puteh, Imam Besar telah memimpin Majlis Khatam Quran pada malam tersebut.
Disamping itu, pihak masjid telah menyampaikan sumbangan kepada pentadarus AlQuran sepanjang bulan Ramadan dan juga kepada AJK serta para petugas masjid.






PERLANTIKAN JAWATANKUASA COMBI, KELOMPOK-KELOMPOK.

Jabatan Kesihatan Zon Seremban telah mengadakan ceramah serta perlantikan jawatankuasa Combi bagi setiap kelompok di Kuarters KLIA. Majlis tersebut telah diadakan seperti berikut;

    Tarikh  : 4 Sept.2010      Sabtu
    Masa   : 6.00 ptg
    Tempat : Dewan Bawah, Masjid Kuarters KLIA Nilai.

Tujuan utama program ini diadakan untuk membantu menangani masaalah denggi yang melanda dikawasan Kuarters KLIA.

YB Datuk Hasim Rusdi, ADUN Kawasan Labu telah sudi hadir untuk merasmikan penubuhan Combi dikawasan kuarters KLIA ini.






Khamis, 26 Ogos 2010

SUMBANGAN ANAK YATIM MASJID KUARTERS KLIA

Ustaz Mohd Shukor Puteh, Imam Besar Masjid Kuarters KLIA sedang menyampaiakan
sumbangan kepada anak-anak yatim.



Sebahagian daripada peserta anak-anak yatim dan ibu tunggal
yang hadir pada majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Sebahagian daripada imam dan AJK masjid Kuarters KLIA



Hj Mohd Hasim Munajat, Nazir masjid Kuarters KLIA sedang menyampaikan
sumbangan  kepada anak-anak yatim.


Majlis berbuka puasa dan sumbangan anak-anak yatim bagi kariah Masjid Kuarters KLIA, Enstek, Kota Sriemas dan Jijan telah diadakan pada 28 Ogos 2010 bermula jam 6.00 petang.
Seramai lebih kurang 80 orang anak-anak yatim serta ibu-ibu tunggal telah dijemput untuk menerima sumbangan duit raya dari Masjid Kuarters KLIA.

Ketua pengelola daftar anak-anak yatim karian Masjid Kuarters KLIA meliputi kawasan persekitaran dikendalikan oleh Puan Ronani bt Othman 017-8758007  dan Hj Tajul Urus - 019-3581428

Segala derma dan apa apa sumbangan hendaklah diatas nama " Masjid Kuarters KLIA" AC Bank Islam No. 12104010002580.
Segala sumbangan serta Jariah tuan puan diucapkan ribuan terima kasih.

TADARUS REMAJA

Sek. Men., Keb. Kompleks KLIA dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Tadarus Al quran peringkat Remaja pada 25 Ogos 2010 bermula selepas solat zohor. Peserta seramai 90 orang telah mengikuti  Tadarus tersebut.

Tadarus Remaja tersebut dibawah pengawasan Imam Besar Ust Abd Shukur Puteh dan guru=guru Sek Men. Komplek KLIA.




MAJLIS SUMBANGAN ANAK YATIM PNB

25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadan, satu majlis berbuka puasa dan sumbangan anak-anak yatim telah diadakan di Masjid Kuarters KLIA. Majlis ini dianjurkan Perbadanan Nasional Bhd PNB dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA.
Pada majlis tersebut, PNB telah bermurah hari menderma pakaian serta duit raya pada anak-anak yatim yang terpilih. Pusat anak yatim yang dijemput ialah dari Rumah Anak yatim Murad Foundation Seremban, Rumah Anak Yatim Darul Hikmah Kajang dan anak-anak yatim kariah Masjid Kuarters KLIA.

Imam Besar Ustaz Mohd Shukor bin Puteh telah diberi kesempatan menyampaikan tazkirah berkaitan dengan ramadhan dan kelebihan megasuk anak-anak yatim.
Majlis diakhiri dengan solat Tarawikh dan jamuan moreh.





Ahad, 8 Ogos 2010

SUMBANGAN BERBUKA PUASA 2010

Adalah dimaklumkan bahawa masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa setiap petang. Dengan ini pihak masjid ingin memohon sumbangan kepada tuan/puan semua sama ada secara individu, berkumpulan ataupun agensi kerajaan dan swasta untuk majlis tersebut.
Kos berbuka puasa sehari adalah sebanyak RM 400.00 Sekiranya sesiapa yang ingin menyumbang barangan dalam bentuk makanan pun dialu alukan.

Segala sumbangan hendaklah diserahkan kepada:
1. Imam Besar - Ust. Mohd Shukor bin Putih
2. Imam Qariah - Tuan Hj Mohd Yusop bin Md Yusak
3. Setiausaha - Hj Tajul Urus Dawam

Segala sumbangan ikhlas tuan puan untuk masjid ini diucapkan ribuan terima kasih.


Ahad, 1 Ogos 2010

TEMPAT KHAS BERBUKA PUASA DISIAP UNTUK DIGUNAKAN.

Allhamdullilah, akhirnya tempat makan atau berbuka puasa dapat disiapkan sebelum bulan Ramadhan ini. Tempat berbuka puasa secara berjemaah dibina untuk keselesaan tetamu yang dibina berhampiran dengan dapur dan tandas. Kos pembinaan menelan belanja kira-kira 33,000.00

Semua para jemaah dijemput bersama sama berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan dimasjid ini.
Sumbangan tuan puan amat dialu-alukan.