Khamis, 15 September 2011

Jumaat, 9 September 2011

LAGI SAUDARA BARU PELUK ISLAM

Pada 9 Sept. 2011 jam 11 pagi, seorang lagi saudara baru berbangsa Tionghua telah memeluk agama Islam di Masjid Kuarters KLIA. Beliau ialah saudara Liew dari Seremban dan telah mengucap dua kalimah syahadah didepan Imam Kariah Tuan Hj Mohd Yusop bin Md Yusak.

Peristiwa ini telah disaksikan oleh beberapa orang AJK dan para jemaah tempatan. Liew telah menukar nama kepada Abdul Rahman bi Abdullah.

Disamping itu pungutan derma kilat telah dibuat selepas solat Jumaat. Derma tersebut bertujuan untuk membantu saudara baru ini menjalankan kehidupan sebagai saudara baru yang akan mempelajari ilmu-ilmu agama Islam.