Selasa, 18 Oktober 2011

LAWATAN PANEL HAKIM MASJID TERBAIK

Lawatan Panel Hakim Masjid Terbaik N Sembilan.
19 Nov 2011  - 
Ketua Ust Hj Mohd Najib bin Jalal.





 

Jumaat, 14 Oktober 2011

KURSUS INTENSIF HAJI NEGERI SEMBILAN.

Kursus intensif Haji diadakan di Masjid Kuarters KLIA pada 15 Okt, 2011 mulai jam 8.00 pagi. Kursus ini diadakan oleh pihak Tabung Haji Negeri Sembilan dengan kerjasama Masjid  Kuarters telah menarik peserta seramai lebih kurang 180 orang.
Penyelia kursus Ustaz Ishak bin Sitam darin TH Seremban telah mengabil inisiatif menyelia kursus tersebut supaya berjalan dengan lancar.




Rabu, 12 Oktober 2011

CERAMAH PALESTIN, KONVOI GAZA 2 ( aqsa syarif )



Ceramah Pengalaman Konvoi Aqsa 2 Gaza 2 telah diadakan dimasjid Kuarters KLIA pada 15 Okt 2011. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sdra: Dr Tahir bin Abd Rahman, Lembaga Pengarah Aqsa Syarif Caw. Petaling Jaya. Beliau merupakan pensyarah di University Malaya dan pernah menyertai Konvoi bantuan ke Gaza.


PASUKAN PEMANTAUAN MASJID TERBAIK JAHEINS BUAT LAWATAN.

Sepasukan pegawai dari Jabatan Agama Islam N. Sembilan datang membuat pemeriksaan dan pemantauan di Masjid Kuarters KLIA pada 9 Okt 2011.
Penerangan dan taklimat telah disampaikan oleh Ust. Mohd Shukor Puteh Imam Besar dan Hj Tajul Urus Dawam, Setiausaha Masjid.
Program ini  adalah untuk memilih masjid terbaik bagi daerah Seremban,









Jumaat, 7 Oktober 2011

LAGI MAJLIS PENGISLAMAN SAUDARA BARU DIMASJID KUARTERS KLIA.

Hari ini tanggal 7 Okt. 2011 masjid Kuarters KLIA sekali lagi menjadi tumpuan bagi saudara baru untuk memeluk agama Islam.
Pada hari ini 2 orang sauadara baru dari keturunan tionghua telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Besar Ustaz Mohd Shukor Putih dan Imam Qarian Hj Mohd Yusop Md Yusak.

Majlis pengislamam saudara baru telah dilaksanakan selepas solat Jumaat dan disaksikan oleh para jemaah masjid ini.
InsyaAllah Imam Besar akan menguruskan pendaftarannya melalui Jabatan Agama Islam Negri Sembilan.

1. Choong Teik Siew   KP: 720411-02-5321        Nama Islam : Umar Choong b Abdullah

2. Woon Tai Lai          KP: 701023-10-6409        Nama Islam: Osman Woon bin Abdullah






Khamis, 6 Oktober 2011

GERAI MINUMAN MASJID JADI TUMPUAN

Masjid Kuarters KLIA dengan kerjasama semua Komuniti Kuarters KLIA telah mengadakan Jamuan Hari Raya Terbuka Gabungan Komuniti di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA pada 25 Sept. 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 ptg.

Sebanyak 8 buah NGO telah menyertai jamuan tersebut yang diketuai oleh Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA ( BAKEP )

Gerai-gerai seperti berikut:

Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA ( Bakep )     Nasi Bryani

Masjid Kuarters KLIA                                                      Gerai Minuman Sejuk

Sekolah Menengah Kuarters KLIA                                   Soto dan Lontong

Sek. Keb. Kuarters KLIA                                                  Buah-buahan

Rukun Tetangga Kuarters KLIA                                       Satay

Sek. Agama AlQalam Ktrs KLIA                                     Kuaeh dan kerepek

Taski Kuarters KLIA                                                         Minuman Panas

Surau Alhidayah Enstek                                                    Nasi Impit dan Kek-kek, Kuey Teow

Disamping itu juga diadakan pertandingan gerai tercantik.

Pemenang-pemenang:

Johan      : Sek. Agama Alqalam ( SARA )

N. Johan : Taski, Kuarters KLIA

Ke 3: Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA

Hadiah berupa wang tunai telah disampaikan oleh Tuan Hju Tajul Urus Dawam Pengerusi BAKEP.

Bagi kategoro lelaki anggun telah dimenangi oleh : Ust. Mohd Shukor bin Putih.. Imam Besar Masjid Kuarters KLIA.