Selasa, 31 Julai 2012

PROGRAM KAYUHAN RAMADHAN IFTAR JAM'IE

Associated Cyclosportif Trakkers telah mengadakan Program Kayuhan Ramadhan Iftar Jam'ie dan berbuka puasa di Masjid Kuarters KLIA pada 29 julai 2012 bermula jam 4.00 ptg..
Seramai 80 orang peserta telah dilepaskan dari masjid ini ke F1 KLIA tepat jam 5.30 ptg.

















Sebahagian Urusetia ACT bergambar bersama Nazir dan jawatankuasa
Masjid Kuarters KLIA

Sabtu, 28 Julai 2012

PROGRAM KAYUHAN RAMADHAN DAN IFTAR JAM'IE

Masjid Kuarters KLIA mengucapkan selamat datang kepada semua peserta Associated Cyclosportif Trekkers dalam Program Kayuhan Ramadhan dan Iftar Jamie. Seramai 80 orang ahli kayuhan akan hadir di masjid ini pada 29 Juliai 2012 jam 4.00 ptg.
Mereka akan mengadakan gotong royong membersih masjid dan mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama para jemaah.
Sebelum itu mereka akan memulakan kayuhan pada jam 5 ptg - 6 ptg.
Kepada yang berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai meraikan tetamu yang akan hadir.



Ahad, 15 Julai 2012

SHOPPING RAYA ANAK-ANAK YATIM

Pada 15 Julai 2012 Pertubuhan Kebajikan Anak-anak yatim Masjid Kuarters KLIA telah membiayai pembelian pakaian untuk anak-anak yatim dan ibu ibu tunggal. Program yang dinamakan shopping raya telah diadakan di Jaya Jusco Seremban 2.
Seramai 45 orang anak-anak yatim dan 8 ibu tunggal telah dibawa untuk membeli pakaian sebagai persiapan awal untuk menyambut hari raya tahun ini.
























 Selesai Shopping.






 Bersama urusetia dan kakitangan J Jusco.



Selepas shopping, kesemua anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di bawa menikmati makan
tengahari ayam kentucky yang siap dipacking. Semua menikmati jamuan secara santai di Taman Tasek Seremban 2.

 Kak Pisah sedang meratah ayam kentucky..