Sabtu, 27 Oktober 2012

SEKITAR QURBAN 2012

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Program Qurban pada 27 Okt. 2012 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 10 ekor lembu telah diqurbankan pada hari tersebut.
Pada hari Jumaat sebelumnya, masjid telah mengadakan Program Aqiqah 2 ekor lembu.






























Selasa, 23 Oktober 2012

MASJID KUARTERS KLIA, NAIB JOHAN PERTANDINGAN MARHABAN N9 2012

Pasukan Marhaban Al Falah dari masjid Kuarters KLIA telah muncul sebagai Naib Johan dalam Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negri Sembilan. Festival tahunan ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Okt. 2012 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.
Banyak acara dipertandingkan seperti nasyid moden, nasyid klasik, berzanji marhaban remaja dan dewasa lelaki dan wanita.
Johan perrtandingan berzanji marhaban jatuh kepada masjid Lukut Port Dickson, manakala masjid Kuarters KLIA menduduki tempat Naib Johan.
Pasukan Marhaban Masjid Kuarters KLIA: Hj Tajul Urus, Hj Mohd Yusop Yusak, Hj Yusof Kamarudin, Hj Abd Latif, Mohd Khairi, Hj Mat Nordin, Hj Mokhsin, Hj Ismail, Ust. Sharifudin dan Hj Alias.









 

Selasa, 16 Oktober 2012

Lawatan Ke Kilang Roti Gardenia

Pada 16 Okt 2012, Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan lawatan ke kilang Roti GARDENIA di Shah Alam. Seramai 45 orang termasuk 7 lelaki telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan kekilang ini bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi bagaimana pengilangan makanan kegemaran ramai ini di buat dan dijamin Halal.
Ramai diantara peserta ingin menceburi bidang pembuatan Bakery selepas melawat kilang ini.



Puan Saloma baru sampai.


Tak sabar nak bergambar.

Ini saja lelaki yang menyertai


S/Usaha Masjid (kiri) turut serta.

Tuan Azmi pegawai Gardenia memberi penerangan.


Moh kita bergambar ramai.


Puan Rosnani ( Purdah ) ketua rombongan
S/U Posing di depan kilang.