Sabtu, 27 Julai 2013

Aman Palestin di Masjid Kuarters KLIA.

Pada 27 Julai 2013, pihak Aman Palestin cawangan Negri Sembilan telah mengadakan tazkirah di masjid ini. Disamping itu mereka telah mengimamkan solat terawikh yang di imamkan oleh Al hafiz Ammir dari Palestin.




Imam Muda Fattah

Pada 23 Julai 2013, Imam Muda Abd Fattah Riddzuan telah mengimamkan solat Terawikh seterusnya memberi tazkirah di Masjid ini. Beliau telah menghuraikan keutamaan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lain. Beliau menyatakan umat Islam perlu berlumba-lumba beribadat pada bulan ini terutamanya bersedakah.

 Imam Muda Abd Fattah Ridduan

Bersama Imam Cilik Amirul Faiz b. Tajul Urus.

Tazkirah Ramadhan, Majlis Perundingan Islam Malaysia ( MAPIM)

Pada 26 Julai 2013 Majlis Perundingan Islam Malaysia ( MAPIM ) telah mengadakan Tazkirah di masjid ini. Disamping itu mereka terlah membawa seorang imam Palestin untuk mengimamkan solat Terawikh. Imam tersebut ialah Al Hafiz Ahmad bin Diaa . Beliau sedang membuat PHD di UIA.

 Imam Al Hafiz Ahmad Diaa

Wakil Mapim - Sdr Nik Abd Aziz Nik Mohamad

Selasa, 23 Julai 2013

Saketeriat Pelajar Timur Tengah Di Masjid Kuarters KLIA

Pada 23 Julai 13, Masjid Kuarters KLIA sekali lagi menerima kunjungan saketeriat Pelajar Timur Tengah      ( SMATT ). Pertubuhan ini dengan kerjasama MAINS telah mengadakan Program Iftar Jamaei bersama para jemaah.
Pada jam 6.30 ptg telah diadakan tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Azrul Azlan  Iskandar dari USIM. Mereka juga telah mengimamkan solat terawikh dan memberi tazkirah selepas solat tersebut. Disatu sudut mereka telah mengedarkan buku-buku fadhilat ramadhan dan membuat jualan wakaf untuk Sekolah Rendah Tahfiz di Negeri Sembilan.



Rabu, 10 Julai 2013

Terawikh Bersama Imam Muda Gaza

Malam pertama sambutan Ramadhan 09 Julai 2013 Masjid Kuarters KLIA telah menerima kunjungan Imam Muda dari Gaza Sdr Mus'ad Abdul Hamid Mohamad. Beliau sekali gus menyampaikan Takirah.







Isnin, 8 Julai 2013

Imam Muda GAZA di Masjid Kuarters KLIA

Imam Muda GAZA akan mengimamkan solat Terawikh di Masjid ini pada 9 dan 14 Julai 2013. Imam tersebut ialah Mus'ad Abdul Hamid Muhamad. Disamping itu juga pada 26 dan 27 Julai masjid ini akan dikunjungi oleh Imam Palestin dari Ikram dan MAPIM.

Jemput hadir beramai-ramai.



Sabtu, 6 Julai 2013

Tahlil Perdana

Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Tahlil Perdana dan Khatam AlQuran pada 4 Julai 2013. Majlis ini diadakan sempena sambutan bulan Ramadhan yang akan tiba. Pelajar-pelajar Maad Tahfiz An Najihah dijemput untuk meraikan majlis tersebut.




Selasa, 2 Julai 2013

Malam Mesra AJK & Pegawai Masjid

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan malam Mesra AJK, Pegawai dan keluarga pada 30 Jun 2013 bermula jam 8.00 mlm bertempat di Empress Hotel. Penyampaian sumbangan dan skim Kebajikan telah disampaikan pada malam tersebut.
Kumpulan Marhaban An Najah telam menerima sumbangan saguhati kerana memasuki beberapa pertandingan tahun 2012.