Jumaat, 9 Mei 2014

Lawatan Tidak Rasmi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 9 Mei 2014, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir melawat dan solat Jumaat di Masjid Kuarters KLIA. Sebelum itu beliau telah merasmikan Bangunan AKEP di Jalan LBJ, Nilai.

Beliau disambut meriah oleh para jemaah masjid ini diketuai oleh Nazir, Imam, Setiausaha dan AJK serta pegawai masjid.











AJK Masjid Di Majlis Perasmian Bank Rakyat Enstek.

Nazir, S/Usaha dan Bendahari masjid ini telah dijemput ke Perasmian Cawangan baru Bank Rakyat cawangan Bandar Enstek, di Marcato pada 9 Mei 2014. Dalam majlis tersebut pihak Bank Rakyat bermurah hati menyumbangkan derma untuk masjid sebanyak RM 10,000.

Pada malam sebelumnya, majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan dan dipimpin oleh imam 1 Ustaz Mohamad Khidir Ngah.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada phak Bank Rakyat diatas sumbangan tersebut.


 Tuan Nazir, Hj Hashim Munajat Menerima sumbangan zakat dari
Bank Rakyat untuk masjid sebanyak RM 10,000.00


Setiausaha Hj Tajul Urus menandatangani Autograf
Rank Rakyat.
 
 


Rabu, 7 Mei 2014

PROGRAM, " INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT"

Masjid ini dengan kerjasama Mess Consultant akan mengajurkan Program Indahnya Hidup Bersyariat pada 9 Mei 2014 bermula jam 4.30 petang.

PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK KANAK2 TAHUN 4 SELEPAS ASAR.

BENGKEL FATIHAH UNTUK DEWASA LEPAS ASAR.

SEMUA PARA JEMAAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 3 Mei 2014

KHIDMAT BAKTI PELAJAR UITM SHAH ALAM

Pada 3 Mei 2014 sekumpulan pelajar Uitm telah mengadakan khidmat bakti gotong royong membersihkan masjid Kuarters KLIA.
Program ini dalam sesi kursus jangka pendek yang berlansung di BTN Kuarters KLIA.

 



Khidmat Bakti Siswa/siswi UiTM