Sabtu, 14 November 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN ANAK ANAK YATIM.

Bank Rakyat dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program bersama menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada beberapa keluarga terpilih di Kariah Masjid Kuarters KLIA.
Bank Rakyat di Wakili oleh Tuan Hj Mohd Hanafiah Bah Koperat Ibu Pejabat dan Tuan Hj Zulkifli Ketua Bank Rakyat di bandar Enstek.
Manakala masjid diwakili oleh Pegawai Esekutif masjid Ust Syed Mazlan dan AJk Masjid En Ibrahim Sabtu.
Turut serta ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim KLIA Puan Hajjah Rosnani Othman dan Setiausaha Pertubuhan itu Hj Tajul Urus Dawam serta beberapa orang AJK lain.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Bank Rakyat khususnya dari Surau Ibu Pejabat Bank Rakyat Kuala Lumpur.