Isnin, 25 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Nazir serta Jawatankuasa Masjid mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam khusus di kariah Kuarters KLIA dan semua umat Islam di Malaysia amnya.

Masjid Kuarters akan mengadakan majlis berbuka puasa untuk para jemaah pada setiap petang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi bulan yang mulia ini.

Kami juga menyeru kaum muslimin dan muslimat agar menghulurkan sumbangan untuk majlis berbuka puasa, sumbangan kepada anak-anak yatim dan membeli barangan keperluan ramai untuk masjid ini. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:

1. Imam Besar - Ustaz Mohd Shukor bin Putih
2. Imam Qariah - Tuan Hj Mohd Yusop b Md Yusak
3. Setiausaha - Hj Tajul Urus bin Dawam
4. Bendahari - En Jamaluddin bin Itam Ahmad

atau terus ke Akaun " MASJID KUARTERS KLIA" A/C B Islam No: 12104010002580

Segala sumbangan Dato' Datin, Tuan Puan muslimin dan muslimat diucapkan ribuan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan