Isnin, 20 Jun 2016

Program Ihya Ramadhan

Sheikh Solah Zaki Al Khodiri mengimamkan solat terawikh dan meberi tazkirah di Masjid Kuarters KLIA.






Jumaat, 10 Jun 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERAS INFAQ

Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan beras Infaq kepada Al Hufaz Maad Tahfiz Sendayan, Negeri Sembilan. Sumbangan beras ini adalah hasil sumbangan daripada para jemaah masjid Kuarters KLIA untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin, anak anak yatim dan maad Tahfiz. 
Sumbangan telah disampaikan oleh Ust Syed Mazlan bin Syed Azizan kepada Ustaz Hj Abd Karim wakil daripada Al Hufaz Maad Tahfiz Sendayan.
Semuga segala usaha murni kita dibulan Ramadhan ini akan diberkati Allah s.w.t

 Sumbangan beras infaq kepada Maad Tahfiz Sendayan.

Berdoa mohon keberkatan dari Allah s.w.t

Selasa, 26 April 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA IBU IBU TUNGGAL

Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Masjid Kuarters  KLIA telah mengadakan program penyampaian sumbangan kepada Ibu ibu tunggal di kariah masjid ini. Majlis tersebut telah diadakan pada 25 April 2016 di Dewan Biri Wanita Masjid Kuarters KLIA.
    Peringkat pertama ini seramai 20 orang ibu ibu tunggal telah dijemput untuk menerima sumbangan tersebut berupa barangan makanan dan wang tunai.
    Turut hadir pada majlis tesebut ialah Pegawai Esekutif Masjid Ust Syed Mazlan bin Syed Azizan, Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman, Setiausaha Hj Tajul dan beberapa orang AJK Pertubuhan.



MAJLIS ILMU BULAN MEI 2016