Jumaat, 13 Januari 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID JAN 2012.

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID KUARTERS KLIA AKAN DIADAKAN PADA:

Tarikh   : 15 Januari 2012     - Ahad

 Masa : 8.00 pagi.  Selepas Kuliah Subuh.


Sila bawa keperluan peralatan seperti ; Cangkul, gergaji, penyapu, cakar, mesin rumput, mesin pemotong kayu, mop dan lain-lain.


KEBERSIHAN MASJID MELAMBANGKAN KEIMANAN KITA BERSAMA

Isnin, 9 Januari 2012

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG PMR 2011

Seperti biasa, masjid akan mengadakan majlis sumbangan pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun 2011. Bagi pelajar-pelajar yang telah memperolehi keputusan 6A keatas boleh memohon sumbangan ini. Syarat-syarat sperti berikut;

1. Memperolehi 6A keatas bagi keputusan PMR tahun 2011
2. Pelajar dari Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA.
3. Pelajar bersekolah luar tetapi Ibu bapa/ Penjaga penghuni tetap di Kuarters KLIA, dan Enstek.
4. Mengemukakan salinan keputusan kepada AJK Masjid.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TELAH DIADAKAN PADA 12.1.2012 SELEPAS SOLAT MAGRIB.






 
 

BILIK MUSAFIR UNTUK DISEWA

Masjid Kuarters KLIA menyediakan bilik penginapan untuk disewa. Kepada para jamaah serta orang ramai yang ingin bermalam di kawasan Kuarters KLIA ini boleh memohon kemudahanan ini. Sewaan yang dikenakan satu malam sebanyak RM 80.00 ( Aircond)

Kemudahan yang disediakan:

1. Satu katil kelamin
2. Satu katil double deker.
3. Satu TV
4. Bilik air diluar
5. Tilam dan bantal extra
6. Kipas angin
7. Hawa Dingin
8. Satu set Sofa

Untuk tenpahan, sila hubungi:
1. Hj Tajul Urus  - S/Usaha          - 019-3581428
2. Hj Mohd Yusop Yusak - Imam - 019-2315642





Ahad, 8 Januari 2012

RUMAH SUMBANGAN PER. ANAK YATIM KTRS KLIA.

Ini adalah rumah  ibu tunggal Habsah serta anak-anaknya sedang dalam pembinaan.
Terima kasih kepada para penyumbang...











Rabu, 4 Januari 2012

SUMBANGAN ANAK YATIM, BACK TO SCHOOL

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim, Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program penyampaian bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim kariah ini pada 3 Jan 2012.
Seramai 80 orang anak yatim telah dijemput untuk menerima sumbangan yang dinamakan " Back To School".
Sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang tunai.
Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman menyatakan, program ini adalah program tahunan yang mana pertubuhan ini membantu anak anak yatim untuk membeli keperluan persekolahan.