Selasa, 31 Mei 2011

SAMBUTAN HARI IBU MASJID KUARTERS KLIA.

Seperti biasa, masjid kuarters KLIA telah mengadakan sambutan Hari Ibu tahun 2011. Sambutan ini telah menjadi acara tahunan masjid ini bagi meraikan ibu-ibu yang banyak berjasa kepada keluarga.

 Perbagai acara telah diadakan seperti kuiz Al Quran, mencari harta karun, menyampaikan masej, kuaiz fardu ain dan hafazan alquran.

Disamping itu juga majlis telah mengumumkan penerima anugerah Ibu Mithali. Penerima anugerah tahun ini ialah Puan Rasnah bt Salleh dari Kelompok 8.








MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM

Mesyuarat agung Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah diadakan pada 29 Mei 2011, hari Ahad mulai jam 8.30 pagi.
Mesyuarat tersebuat diadakan setelah Pertubuhan ini diluluskan pendaftaranya oleh Pendaftara Pertubuhan.
Pemilihan jawatankuasa tetap telah diadakan pada mesyuarat agung tersebut bila mana Puan Rosnani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan tersebut.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh nazir masjid Kuarters KLIA, Tuan Hj Mohd Hashim bin Munajat.





Sesi senaman ringan, setelah kebas duduk lama..