Jumaat, 24 Ogos 2012

SUMBANGAN ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL

Alhamdulillah, Masjid Kuarters KLIA dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kuarters KLIA telah mengadakan Majlis Meraikan serta memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada 5 Ogos 2012 lalu brtempat di Dewam Syarahan Masjid.
Seramai 80 orang anak-anak yatim dan 15 ibu ibu tunggal telah diraikan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Nazir Masjid Kuarters KLIA Tuan HJ Mohd Hasim Munajat.










SUMBANGAN BERAS INFAQ

Masjid Kuarters KLIA telah memulakan pengagihan beras yang di Infaqkan oleh orang ramai kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU dan orang-orang miskin. Bermula dari bulan Ramadhan hingga ke bulan Syawal ini, sebanyak 200 paket beras dan barang barang dapur telah diserahkan kepada mereka mereka yang memerlukan.




Bantuan di rumah En Rosli diKuarters KLIA

 Rumah En Khelek Kuarters KLIA

 Di Kg Jijan






  Sumbangan kepada Balu balu







Khamis, 23 Ogos 2012

TAZKIRAH RAMADHAN, PALESTIN

Wakil Palestin Syeikh Nehat Ayub Abu Attar, imam masjid di Palestin telah memberi tazkirah
selepas solat Tarawikh di masjid ini pada 13 Ogos 2012.
Beliau telah menceritakan kisah sedih rakyat palestin yang seksa oleh zionis.




Ahad, 12 Ogos 2012

TAZKIRAH RAMADHAN OLEH WAKIL SYRIA

Pada 11 Ogos 2012 ,masjid ini telah mengundang wakil dari Syria As Syeikh Abd Rahman untuk menyampaikan tazkirah diantara 4 rakaat solat terawikh. Penyampaian dibuat dalam bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ustaz Syed dari Kuala Lumpur.
Disamping itu pungutan derma untuk membantu rakyat Syiria yang dizalimi telah dijalankan.







Program Jelajah Masjid Pelajar Sek Agama BN Sembilan.

Pelajar pelajar Sek. Agama Negeri Sembilan telah mengadakan program jelajah masjid di masjid masjid terpilih di N. Sembilan. Masjid Kuarters  KLIA telah dipilih menyertai program ini pada 10 hingga 12 Ogos 2012.
Mereka telah mengadakan program Kuliah, ceramah, solat terawikh, qiamullaill, tadarus Alquran dan beriktiqaf.






Beras Infaq Untuk Anak yatim & Fakir Miskin

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan jualan beras untuk di Infaqkan kepada anak yatim dan fakir miskin sempena bulan Ramadhan sdan Syawal ini.
Beras beras yang di Infaq akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan dengan seberapa segera.








Rabu, 8 Ogos 2012

IFTAR PNB

Pihak Permodalan Nasional Sdn Berhad telah mengadakan Program Iftar, berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim pada 8 Ogos 2012 bertempat di Masjid Kuarters KLIA. Seramai 80 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah diraikan dalam majlis tersebut.
Disamping itu AJK serta para jemaah masjid telah dijemput berbuka puasa bersama-sama. Anak-anak yatim tersebut telah dijamu dengan makanan dari Kenny Rodger.




 Ust. Mohd Khidir sedang memberi tazkirah.



 Biro Wanita, Ana, kak Pisah dan Kak Nani turut serta.




 Anak-anak yatim diberi jamuan dengan Kenny Rodger



 Nazir dan sebahagian AJK Masjid turut hadir.