Selasa, 4 Disember 2012

MASJID KUARTERS KLIA, JUARA TAHUN 2012

Masjid Kuarters KLIA telah diumumkan subagai Juara dalam pertandingan Masjid terbaik Peringkat Negeri Sembilan dalam kategori Kemudahan Prasarana. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan pada 4 Dis. 2012 di Allson Kelana Resort Seremban.
Majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan dalam majlis Sepetang Bersama MB Negeri Sembilan.
Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Nazir Tuan Hj Hasim Munajat dan S/Usaha Hj Tajul Urus Dawam.
Disamping itu MB juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang lain lain kategori seperti berikut;
Anugerah Persekitaran Masjid Terbaik   : Masjid Kg Parit, Kuala Pilah
Anugerah Pengimarahan Masjid Terbaik : Masjid Jame' Bandar Seremban
Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik   : Masjid Paroi Jaya
Anugerah Kemudahan Prasarana Terbaik : MASJID KUARTERS KLIA

 Menteri Besar Negeri Sembilan menyampaikan hadih pemenang
Anugerah Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik 2012 kepada
Nazir Hj Hasim Munajat dan S/Usaha Hj Tajul Urus Dawam

 Hadiah-hadiah merupakan, Wang Tunai RM 3000.00, Plug, Sijil,
Kitab-kitab AlQuran dan Peruntukan Pembangunan RM 50,000.00

Bersama lain-lain pemenang mengikut kategori masing-masing.

Isnin, 12 November 2012


Cepat daftar.. hantar anak anak anda ke Kem ini agar mereka melaksanakan kerja kerja amal.

HP: 019-3581428

Ahad, 4 November 2012

PROGRAM KHATAM PERDANA SEK-SEK SEREMBAN

Hari ini 5 Nov. 2012 Masjid Kuarters KLIA akan dijadikan tempat Khatam AlQuran Perdana perinngkat Seremban. Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hassan akan merasmikan majlis tersebut.
Kehadiran pelajar seramai 5000 orang dan guru guru serta ibu bapa seramai lebih kurang 2000 orang. Majlis akan bermula selepas solat Magrib dan pendaftaran pada lepas Asar.








Sabtu, 27 Oktober 2012

SEKITAR QURBAN 2012

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Program Qurban pada 27 Okt. 2012 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 10 ekor lembu telah diqurbankan pada hari tersebut.
Pada hari Jumaat sebelumnya, masjid telah mengadakan Program Aqiqah 2 ekor lembu.






























Selasa, 23 Oktober 2012

MASJID KUARTERS KLIA, NAIB JOHAN PERTANDINGAN MARHABAN N9 2012

Pasukan Marhaban Al Falah dari masjid Kuarters KLIA telah muncul sebagai Naib Johan dalam Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negri Sembilan. Festival tahunan ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Okt. 2012 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.
Banyak acara dipertandingkan seperti nasyid moden, nasyid klasik, berzanji marhaban remaja dan dewasa lelaki dan wanita.
Johan perrtandingan berzanji marhaban jatuh kepada masjid Lukut Port Dickson, manakala masjid Kuarters KLIA menduduki tempat Naib Johan.
Pasukan Marhaban Masjid Kuarters KLIA: Hj Tajul Urus, Hj Mohd Yusop Yusak, Hj Yusof Kamarudin, Hj Abd Latif, Mohd Khairi, Hj Mat Nordin, Hj Mokhsin, Hj Ismail, Ust. Sharifudin dan Hj Alias.









 

Selasa, 16 Oktober 2012

Lawatan Ke Kilang Roti Gardenia

Pada 16 Okt 2012, Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan lawatan ke kilang Roti GARDENIA di Shah Alam. Seramai 45 orang termasuk 7 lelaki telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan kekilang ini bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi bagaimana pengilangan makanan kegemaran ramai ini di buat dan dijamin Halal.
Ramai diantara peserta ingin menceburi bidang pembuatan Bakery selepas melawat kilang ini.



Puan Saloma baru sampai.


Tak sabar nak bergambar.

Ini saja lelaki yang menyertai


S/Usaha Masjid (kiri) turut serta.

Tuan Azmi pegawai Gardenia memberi penerangan.


Moh kita bergambar ramai.


Puan Rosnani ( Purdah ) ketua rombongan
S/U Posing di depan kilang.