Selasa, 29 Jun 2010

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR

Khusyuk mendengar ceramah
Senaman ringan kesegaran

Sedang menikmati jamuan

Masjid akan mengadakan ceramah motivasi Pelajar pada setiap hari Sabtu
mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Kepada ibubapa serta pelajar yang berminat sila hadir.
Program bermula 3 Julai 2010

bayaran RM 5.00 seorang.

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

Ceramah Israk Mikraj akan diadakan di masjid Kuarters KLIA pada tarikh berikut;

Tarikh  : 1 Julai 2010      - Khamis
Masa   : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA
Penceramah : Ustaz Azamir
                        Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR.

Isnin, 28 Jun 2010

TERIMA SUMBANGAN VAN JENAZAH

Pada 29 Jun 2010, masjid Kuarters KLIA telah menerima sebuah Van Jenazah sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ( Bank Rakyat ).

Van tersebut jenis KIA Pregio yang berharga RM 85,000 akan digunakan untuk menguruskan jenazah bagi kawasan Kariah Masjid Kuarters KLIA, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Jijan dan Masjid Putra Nilai.

Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Setiausaha Tuan Hj Tajul Urus, Biro Khidmat Sosial Hj Nik Ab Kadir, Pen Bendahari En Jamaludin Itam dan AJK Tuan Hj Md Zahid untuk menerima van tersebut. Majlis ringkas penyerahan van tersebut telah dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Zaki Ibrahim, Pengurus, Jabatan Perundingan & Pengawasan Syariah Ibu Pejabat Bank Rakyat Jalan Tangsi Kuala Lumpur.
Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana menyumbang Van tersebut.


Hj Mohd Zaki menyerahkan kunci Van Jenazah kepada
Setiausaha Masjid Kuarters KLIA Tuan Hj Tajul Urus.

Hj Tajul Urus menyampaikan cenderahati kepada
Pengurus Jab. Perundingan & pengawasan Syariah Hj Mohd Zaki.

Ahad, 20 Jun 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN KAW. PARLIMEN NS

Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Berzanji dan Marhaban bagi semua 8 kawasan Parlimen di Negeri Sembilan. Pertandingan tersebut telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut;

Tarikh        : 29 May 2010
Masa         : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat      : Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan.
Jumlah Pasukan Bertanding : 8 pasukan

Pasukan An Najah dari Masjid Kuarters KLIA telah mewakili Parlimen Rasah setelah berjaya menjadi johan diPeringkat Parlimen ini. Pasukan ini menamakan semua dengan nama Al Falah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam.
Tahniah !! pasukan Al Falah Masjid Kuarters KLIA telah berjaya menduduki Naib Johan di belakang kumpulan Parlimen Port Dickson yang menjadi Johan bagi peringkat N Sembilan.
Hadiah serta perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Abd Samad, ADUN Kawasan Bagan Pinang.


An Najah sedang menyampaikan persembahan Marhaban. 

Kumpulan An Najah