Khamis, 14 Oktober 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN PERINGKAT N. SEMBILAN

Kumpulan Marhaban Masjid Kuarters KLIA yang diberi nama Pasukan Al Falah akan memasuki pertandingan akhir Pertandingan Marhaban dan Berzanji Periungkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 15 Okt 2010 jam 3,00 ptg di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Pasukan ini berjaya melayakan diri kepertandingan akhir setelah menjalani saringan bersama 19 pasukan lain pada 9 Okt 2010 yang lepas.

Pertandingan ini diadakan sempena Karnival 1 Halal 1 Malaysia yang berlansung di Kompleks tersebut selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Okt 2010. Pada tahun lepas, pasukan An Najah dari masjid ini telah merangkul kejuaraan peringkat Negeri dengan menewaskan 8 pasukan yang lain.

Pasukan Nasyid Remaja Kuarters KLIA juga akan menyertai pertandingan Nasyid kategori Sekolah yang akan diadakan pada 17 Okt 2010 - Ahad ditempat yang sama. Kumpulan ini di beri nama Kumpulan Shoutol Shabab yang dianggotai seramai 10 orang remaja Kuarters KLIA.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBERI SOKONGAN TUAN/ PUAN

Pertandingan Marhaban di Kompleks Belia Sukan Paroi, Seremban.

.



Isnin, 11 Oktober 2010

PENYERTAAN QURBAN MASJID KUARTERS KLIA

InsyaAllah, Masjid Kuarters KLIA akan melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini sebanyak 8 ekor. Satu bahagian berharga RM 350.00. Sesiapa yang ingin menempah 1 ekor iaitu 7 bahagian harga yang ditetapkan sebanyak  RM 2450.00.
Diharapkan semua pesaerta mendaftar awal supaya pihak masjid dapat menempah lembu  lebih awal bagi mengelakan masaalah mendapatkan bekalan lembu yang lebih baik.

Sebarang tempahan boleh menghubungi:
- Hj Mohd Yusop bin Md Yusak             : 019-2315642
- Hj Tajul Urus Dawam                            : 019-3581428
- Ust. Mohd Shukor bin Puteh                  : 019-6664226

Sekian, terima kasih