Jumaat, 25 Mac 2011

MAJLIS TILAWAH ALQURAN DUN LABU 2011

Majlis Tilawah AlQuran bagi DUN Labu akan diadakan pada 26 Mac 2011 mulai jam 8.30 pagi di masjid Kuarters KLIA. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Dakwah Islamiah DUN Labu dibawah naungan YB Datuk Hashim Rusdi.
Semua masjid didalam DUN labu akan mengambil bahagian. Kategori yang dipertandingkan adalah;
Dewasa lelaki dan wanita, Remaja lelaki dan perempuan.
Semua jemaah dijemput hadir.








HIJJAZ JANJI AKAN MEMBERI PERSEMBAHAN TERBAIK.

Pengurus Kumpulan Hijjaz Ustaz Isman telah datang melawat lokasi persembahan Malam Kesenian islam di Akademi Audit pada 25 Mac 2011. Beliau berkata dewan ini memang sesuai untuk persembahan konsert bagi kumpulan beliau.
Konsert Hijjaz ini akan diadakan pada 2 April 2011 mulai jam 8.00 malam di Auditorium, Akademi Audit Negara, bandar Enstek.
Orang ramai yang berminat dijemput hadir. Pass masuk boleh didapati dipintu masuk dewan tersebut atau di masjid kuarters KLIA.





Rabu, 23 Mac 2011

HADIAH PELAJAR CEMERLANG SPM

TAHNIAH, KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CE,ERLANG SPM TAHUN 2010. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA JANGAN PUTUS ASA.. TERUSKAN USAHA ANDA HINGGA BERJAYA.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR SPM CEMERLANG.

Tarikh:      7 April 2011     Khamis mlm Jumaat
Masa :       Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA

Kepada Penduduk Kuarters KLIA dan Enstek sila hantar salinan keputusan kepada AJK Masjid atau terus kepada S/Usaha Hj Tajul - 019-3581428 dengan menulis Nama, alamat dan No. talipon.
Tarikh Tutup pada 5 April 2011

Khamis, 17 Mac 2011

MALAM KESENIAN ISLAM

Masjid kuarters akan mengajurkan Malam Kesenian Islam yang
dinamakan Malam Senandung Kasih.
Sila lihat Poster >>>

MAJLIS TAHSIN ALQURAN N9

Majlis Tahsin AlQuran Perinngkat Negeri 9 akan diadakan di Masjid Kuarters KLIA pada tarikh berikut;

Tarikh      : 23 MAC 2011     Rabu
Masa       : 8.00 pagi hingga 1.00 ptg
Peserta    : Imam-iman & pegawai masjid Negeri Sembilan.

Perasmian Penutup Oleh YB Senator Dato Najib bin Abdullah, Ahli Dewan Negara.






Jumaat, 11 Mac 2011

MALAM SENANDUNG KASIH BERSAMA HIJJAZ

Masjid Kuarters KLIA kan mengajurkan Malam Senandung Kasih bersama Hijjaz sempena sambutan Maulidur Rasul tahin ini pada:

Tarikh  : 2 APRIL 2011       SABTU

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : AUDITORIUM TAN SRI AHMAD NOORDIN
                  AKADEMI AUDIT NEGARA,
                  BANDAR ENSTEK.

Pass masuk boleh didapati di Masjid Kuarters KLIA dengan menghubungi :
Hj Tajul  : 019-3581428       Hj Yusop Yusak : 019-2315642     Kak Nani : 017-8758007






Rabu, 2 Mac 2011

KURSUS JENAZAH

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KURSUS JENAZAH PADA 13 MAC 2011 DITANGGUHKAN PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.
Kesulitan dikesali

Sila hubungi Hj Nik Kadir Nik Omar untuk keterangan lanjut.
hp > 019-2655859




LAWATAN YB SENATOR DATO' MOHD NAJIB, DAN PEG. AGAMA ISLAM DAERAH SEREMBAN.

Pada 1 Mac 2011, Masjid Kuarters KLIA telah dikunjungi oleh rombongan YB Senator Dato Mohd Najib Ahli Dewan Negara dan Pegawai Agama Islam Daerah Seremban serta rombongan. Mereka telah membuat pemeriksaan pembangunan serta kerosakan yang memerlukan pembaikan,

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Setiausaha Masjid, Tuan Hj Tajul Urus dan dihadiri oleh Imam Besar Ustaz Mohd ZShukor Puteh, Nazir Tuan Hj Mohd Hashim Munajat serta sebahagian ahli jawatankuasa,




Bergambar bersama Dato; Najib, Prg Agama Daerah, Imam Besar serta Jawatankuasa Masjid.