Khamis, 25 Disember 2014

FORUM PERDANA, AKHIR TAHUN

Satu Forum Perdana akan diadakan dimasjid ini pada 27 Disember 2014 bermula leoas solat magrib.
Tajuk Forum ini ialah : "PERANAN IBU BAPA DAN MASJID MEMBENTUK INSAN BERTAQWA"Forum ini anjuran Badan Kebajikan Islam Kastam Maslaysia ( BAKISKA ) dengan kerjasama Masjid ini.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.



GOTONG ROYONG PERDANA PENUTUP 2014

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Gotong Royong Perdana pada 27 Disember 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan kawasan masjid, membersihkan tempat tempat pembiakan nyamuk aedis.
Disamping itu, para jemaah dijemput untuk memperbaiki segala kemudahan yang rosak dan sebagainya.
Sila Hubungi Ustaz Syed Mazlan bin Syed Hamzah - Pegawai EXE masjid untuk keterangan lanjut.
HP 01123007473

Isnin, 8 Disember 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UPSR 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR bagi tahun 2014.
Majlis ini akan diadakan pada 11 Disember 2014 selepas solat Magrib.
Bagi anak-anak kariah Masjid Kuarters KLIA dan Bandar Enstek serta pelajar-pelajar Sek. Keb Kompleks KLIA yang memperolehi 5A boleh memohon sumbangan ini.
Sila serahkan salinan keputusan UPSR 2014 kepada Imam atau AJK Masjid sebelum 10 Dis 2014.
Sila tuliskan butir butir berikut pada salinan keputusan tersebut;

Alamat rumah dan No H Phone agar senang dihubungi.
Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Hj Mohd Zamri HP 017 4614148

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2014

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai pada 22 Nov 2014 sempena cuti sekolah. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian.
Ketua program Tuan Hj Mohd Yusop Yusak menyatakan, anak-anak diraikan di Masjid manakala utuk khatan akan dihantar ke klinik Raudhah di Bandar Enstek.