Ahad, 25 Disember 2016

KURSUS HAJI BERSIRI DI MASJID KUARTERS KLIA 2017

Kursus Haji Bersiri ini akan di mulakan pada 8 JANUARI 2017 Jam 3.00 ptg setiap hari Ahad.
Pembimbing Ustaz Dr Lokmanul Hakim B Hj Hanafi dari USIM.


PROGRAM DIAMBANG 2017

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Program JOM POEI MOSOJED bermula pada 30-31 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017. Pelbagai acara akan diadakan sepanjang Karnival tersebut berlansung.
Orang ramai terutamanya remaja dijemput hadir.





Sabtu, 17 Disember 2016

KARNIVAL JOM POEI MOSOJED, DIAMBANG 2017l

InsyaAllah Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Karnival Jom Poei Mosojed anjuran kelab Remaja Masjid. Karnival ini akan diadakan pada 31 Dic 2016 hingga 1 Jan 2017. Pelbagai Program akan diadakan. Oranramai dijemput hadir dengan keluarga.


Sabtu, 19 November 2016

SEKITAR CERAMAH PERDANA UST SYEIKH NURUDIN AL BANJARI.

Syeikh Nurudin Al Banjari telah menyampaikan ceramah perdananya pada 19 Nov 2016 di masjid Kuarters KLIA sempena Kempen Wakaf Pendidikan.








SEKITAR CERAMAH PERDANA UST DATO BADLISHAH DI MASJID INI.

Ust Dato Badlishah telah menyampaikan Ceramah Perdana di Masjid Kuarters KLIA pada 18 Nov 2016 sempena Karnival Wakaf Kesihatan anjuran KPJ University dan Masjid Kuarters KLIA.











Khamis, 13 Oktober 2016

BIRO WANITA BERGOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK.

13 Okt 2016, Biro wanita masjid Kuarters KLIA telah berpakat bergotong royong memasak bubur lambuk di masjid Kuarters KLIA. Program ini daiadakan sempena menyambut maal hijrah 1438H.
Menurut ketua Biro wanita tersebut Puan Napisah bt Ali, disamping menyambut Maal Hijrah, program ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara jmaah wanita masjid ini.
Bubur lambuk tersebut telah diagih agihkan kepada orang ramai selepas solat Isyak.







 

Sabtu, 1 Oktober 2016

JADUAL KULIAH MAGRIB OKT 2016


PROGRAM QURBAN DI ACHEH

Masjid Kuarters KLIA dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Kastam telah mengadakan Program Ziarah dan Qurban di Acheh Indonesia pada 14 - 17 Sept 2016. Seramai 41 orang peserta telah mengikuti program ini. 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah diserahkan untuk ibadah Qurban yang telah dilaksanakan di Pasentren Babul Maarif Ladung Aceh Besar.

Bagi pihak masjid di ketuai oleh Pengerusi Kariah Tn Hj Mohd Hashim bin Munajat, Bendahari En Jamaludin Itam Ahmad, AJK En Ibrahim Sabtu dan Hj Mohd Zaihid Ghani.