Ahad, 18 Julai 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN DUN LABU

Jawatankuasa Dakwah Islamiah DUN Labu telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban antara masjid-masjid didalam kawasan DUN Labu pada 18 Julai 2010 bertempat di Masjid Sayyidina Abu Bakar Kariah Jijan. Majlis tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 malam. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini terdiri dari dua kategori, lelaki dan wanita.
Masjid Kuarters AKLIA telah diwakili oleh kumpulan An Najah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YB Datuk Hasim bin Rusdi, Adun kawasan Labu.







MAJLIS RASMI PENYERAHAN VAN JENAZAH

Majlis rasmi penyerahan van jenazah oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah diadakan pada 13 Julai 2010 selepas solat magrib di masjid Kuarters KLIA. Penyerahan tersebut telah dilaksanakan oleh Pengurus Bank Rakyat Wilayah Selatan En Zainuddin bin Zainal Abidin dan pengurus Bank Rakyat Cawangan Nilai En Muhamad Zaki bin Abd Rahman kepada Nazir Masjid Kuarters KLIA Hj Mohd Hasim Munajat.
         Sebelum itu, satu ceramah bertajuk "Perbankan Secara Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafian bin Nawawi, Jabatan Pengawasan dan Perundingan Syariah Bank Rakyat.





Dihadapan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat

Jumaat, 2 Julai 2010

KURSUS HAJI 2010

Kursus Penutup bersama praktikal akan diadakan pada;
Tarikh     : 10 Julai 2010   - Sabtu
Masa      : 9.00 pagi - 12.00 thari

Ceramah khas akan diadakan pada akhir sesi tersebut yang akan disampaikan oleh
Ustaz Lukmanul Hakim.
Praktikal dibawah bimbingan Ust Muslal.






Praktikal Haji

SEMINAR KEPIMPINAN BELIA 2010

InsyaAllah masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Seminar Kepimpinan Belia pada tarikh dan masa seperti berikut;
           Tarikh:    4 Julai 2010   - Ahad

           Masa:     8.30 pagi - 4.30 petang

           Tempat: Masjid Kuarters KLIA.

Peserta adalah terbuka kepada belia-belia yang berminat. sekakat ini pihak urusetia telah menerima pendaftaran daripada pelajar PNB Seriemas, Politeknik Nilai, KPJ Seriemas, dan belia kuarters KLIA.

Sebarang pertanyaan sila berhubung ; En Faizal   019-3105411   atau SU , Tajul Urus 019-3581428.