Ahad, 18 Julai 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN DUN LABU

Jawatankuasa Dakwah Islamiah DUN Labu telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban antara masjid-masjid didalam kawasan DUN Labu pada 18 Julai 2010 bertempat di Masjid Sayyidina Abu Bakar Kariah Jijan. Majlis tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 malam. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini terdiri dari dua kategori, lelaki dan wanita.
Masjid Kuarters AKLIA telah diwakili oleh kumpulan An Najah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YB Datuk Hasim bin Rusdi, Adun kawasan Labu.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan