Ahad, 18 Julai 2010

MAJLIS RASMI PENYERAHAN VAN JENAZAH

Majlis rasmi penyerahan van jenazah oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah diadakan pada 13 Julai 2010 selepas solat magrib di masjid Kuarters KLIA. Penyerahan tersebut telah dilaksanakan oleh Pengurus Bank Rakyat Wilayah Selatan En Zainuddin bin Zainal Abidin dan pengurus Bank Rakyat Cawangan Nilai En Muhamad Zaki bin Abd Rahman kepada Nazir Masjid Kuarters KLIA Hj Mohd Hasim Munajat.
         Sebelum itu, satu ceramah bertajuk "Perbankan Secara Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafian bin Nawawi, Jabatan Pengawasan dan Perundingan Syariah Bank Rakyat.





Dihadapan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan