Sabtu, 27 Ogos 2011

VIDEO MAJLIS MENGISLAMKAN SAUDARA BARU

video

MAJLIS MENGISLAMKAN SAUDARA BARU

Pada malam ini pada 27 Ogos 2011 telah menjadi satu sejarah bagi Masjid ini kerana telah berjaya mengislamkan saudara baru berbangsa Tionghua. Saudara baru tersebut bernama Chong dari K. Lumpur dan berasal dari Seremban telah memilih masjid ini untuk beliau memeluk Islam bersama rakan-rakannya.

Chong telah mengucap dua kalimah syahadah dihadapan Imam Qariah Tuan Hj Mohd Yusop b Md Yusak selepas solat magrib dan disaksikan oleh para jemaah lain. Selesai majlis tersebut, Chong telah menukar namanya Islamnya kepada Mohd Farhan bin Abdullah.









Jumaat, 26 Ogos 2011

TADARUS ALQURAN

Majlis Khatam Alquran telah diadakan pada 25 Ogos 2011 selepas solat magrib. Imam Besar Ust Mohd Shukor bin piteh telah memimpin majlis khatam tersebut.
Disamping itu, majlis penyampaian hadiah untuk pentadarus Dewasa lelaki, wanita dan remaja telah diadakan.
Masjid juga telah menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas sepanjang bulan ramadhan ini.






 

MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM, KPJ & MASJID

Kolej Kejururawatan KPJ Kota Serimas telah mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim dan sumbangan hariraya. Majlis tersebut diadakan pada 25 Ramadan 1432 bertempat di dewan masjid Kuarters KLIA.
Program ini adalah program tahunan yang dilaksanakan oleh pihak KPJ.






 Pelajar KPJ

 Pelajar KPJ

 Pelajar KPJ



 Puan Rosnani Othman, Pengurusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak
Yatim Kuarters KLIA


 Pegawai Kanan KPJ






GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK

Kolej jururawat KPJ, Kota Srimas dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program Gotong Royong memasak bubur lambuk pada 25 Ramadan 1432. Disamping itu, bubur lambuk tersebut telah diagihkan kepada orang ramai bermula lepas asar.





Selasa, 23 Ogos 2011

As Syeikh Mohd Mahmod Syiam Slideshow

As Syeikh Mohd Mahmod Syiam Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ As Syeikh Mohd Mahmod Syiam Slideshow ★ to Seremban. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Isnin, 15 Ogos 2011

SUMBANGAN KEPADA AQSA SYARIF

Didalam bulan Ramadan yang mulia ini, masjid tidak lupa menyampaikan sumbangan untuk rakyat GAZA. Sumbangan telah disampaikan oleh Hj Hasim Munajat  Nzir kepada AJK Aqsa As Syarif ( Ikram  PJ  ) saudara Mohd Najmi bin Dawam pada 15 Ramadan 1432.





PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM OLEH UNDANG LUAK SUNGEI UJUNG.

video

video


Ahad, 14 Ogos 2011

PERASMIAN PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN.

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA pada tarikh berikut.

Tarikh   : 13 Ogos 2011      Sabtu
                13 Ramadan 2011

Masa : 6.00 ptg
Tempar : Dewan Syarahan Masjid Kuarters KLIA, Nilai.

Kehadiran VVIP:
1. YTM Dato' Kelana Petra Dato' Hj Mubarak bin Dohak
    Undang Luak Sungei Ujung.
2. YB Dato' Hj Hasim bin Rusdi
    ADUN Kawasan Labu / EXCO Kerajaan Negeri.
3. YB Dato' Mohd Najib
    Senator Dewan Negara
4. Y. Brs Encik Johani bin Hassan
    Pengarah Jabatan Agama Islam N Sembilan.
5, Ustaz Raizalani bin Rais
    Pegawai Agama Islam Daerah Seremban.