Ahad, 20 November 2011

PROGRAM BERKHATAN MUSIM CUTI SEKOLAH.

Masjid ini9 telah mengadakan Program Berkhatan beramai-ramai sempema cuti persekolahan sesi tahun 2011. Majlis ini telah diadakan di kawasan masjid pada 20 Nov. 2011 bermula jam 7.00 pagi.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini. Sebelum itu, satu majlis meraikan anak-anak ini telah diadakan di kantin masjid. Meteka telah diberikan hadiah dan wang saguhati oleh pihak masjid yang telah disampaikan oleh Nazir Tuan Hj Mohd Hasim Munajat. Akhirnya semua kanak-kanak ini telah dibawa ke klinik Raudah untu disunatkan.



Khamis, 17 November 2011

PERTEMUAN ANTARA JPM, JAHEINS DAN MASJID

Satu majlis pertemuan dan perbincangan telah diadakan pada 16 Nov. 2011 jam 9.30 pagi di Masjid Kuarters KLIA diantara wakil JPM En Azlan Abd Majid dan En Roslan Mohd Yusoff  dan wakil dari Pej. Agama Islam Daerah Seremban Ust. Mohd Raizalani Mohd Rais. Manakala pihak masjid kuarters KLIA diwakili oleh Imam Besar Ustaz Mohd Shukor Puteh, Nazir Hj Mohd Hashim bin Munajat dan Setiausaha Hj Tajul Urus Dawam.

Perbincangan ini meliputi topik isu tapak Masjid Kuarters KLIA, isu tanah perkuburan dan isu sekolah SARA yang masih belum selesai hampir 10 tahun.

Pihak JPM memohon supaya Jabatan Agama Islam Negeri atau MAINS membuat permohonan secara rasmi mengenai isu-isu yang diperbincangkan.



En Azlan Abd Majid dan En Ruslan Mohd Yusoff - Wakil BPH JPM