Khamis, 17 November 2011

PERTEMUAN ANTARA JPM, JAHEINS DAN MASJID

Satu majlis pertemuan dan perbincangan telah diadakan pada 16 Nov. 2011 jam 9.30 pagi di Masjid Kuarters KLIA diantara wakil JPM En Azlan Abd Majid dan En Roslan Mohd Yusoff  dan wakil dari Pej. Agama Islam Daerah Seremban Ust. Mohd Raizalani Mohd Rais. Manakala pihak masjid kuarters KLIA diwakili oleh Imam Besar Ustaz Mohd Shukor Puteh, Nazir Hj Mohd Hashim bin Munajat dan Setiausaha Hj Tajul Urus Dawam.

Perbincangan ini meliputi topik isu tapak Masjid Kuarters KLIA, isu tanah perkuburan dan isu sekolah SARA yang masih belum selesai hampir 10 tahun.

Pihak JPM memohon supaya Jabatan Agama Islam Negeri atau MAINS membuat permohonan secara rasmi mengenai isu-isu yang diperbincangkan.



En Azlan Abd Majid dan En Ruslan Mohd Yusoff - Wakil BPH JPM







Tiada ulasan:

Catat Ulasan