Khamis, 13 Oktober 2016

BIRO WANITA BERGOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK.

13 Okt 2016, Biro wanita masjid Kuarters KLIA telah berpakat bergotong royong memasak bubur lambuk di masjid Kuarters KLIA. Program ini daiadakan sempena menyambut maal hijrah 1438H.
Menurut ketua Biro wanita tersebut Puan Napisah bt Ali, disamping menyambut Maal Hijrah, program ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara jmaah wanita masjid ini.
Bubur lambuk tersebut telah diagih agihkan kepada orang ramai selepas solat Isyak.







 

Sabtu, 1 Oktober 2016

JADUAL KULIAH MAGRIB OKT 2016


PROGRAM QURBAN DI ACHEH

Masjid Kuarters KLIA dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Kastam telah mengadakan Program Ziarah dan Qurban di Acheh Indonesia pada 14 - 17 Sept 2016. Seramai 41 orang peserta telah mengikuti program ini. 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah diserahkan untuk ibadah Qurban yang telah dilaksanakan di Pasentren Babul Maarif Ladung Aceh Besar.

Bagi pihak masjid di ketuai oleh Pengerusi Kariah Tn Hj Mohd Hashim bin Munajat, Bendahari En Jamaludin Itam Ahmad, AJK En Ibrahim Sabtu dan Hj Mohd Zaihid Ghani.