Rabu, 18 Disember 2013

PROGRAM BIJAK SIFIR

SEGERA DAFTARKAN ANAK TUAN PUAN.
BAYARAN RM 30.00 SEORANG.
HUBUNGI :
PUAN ROSNANI OTHMAN   HP : 017-8758007
PUAN MARINA                       HP: 019-3761125


Ahad, 1 Disember 2013

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG UPSR 2012

Pada 28 Nov 2013, Masjid telah mengadakan sumbangan Kebajikan Skim Pelajar Cemerlang untuk keputusan UPSR  tahun lepas. Pelajar pelajar yang mendapat 5 A telah diraikan dan diberi sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM 50.00 seorang.
Sekolah Keb. Kompleks KLIA telah mencapai keputusan yang cemerlang dimana 55 orang telah mendapat keputusan UPSR 5A pada tahun 2012.
Tahniah... anak kariah masjid ini.





Jumaat, 8 November 2013

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI RAMAI

MASJID INI AKAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI
PADA TARIKH BERIKUT:

TARIKH    : 16 NOV. 2013    - SABTU

MASA     ; 7.30 PAGI




FORUM MAAL HIJRAH

SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGIKUTI FORUM SEMPENA MAAL HIJRAH
DIMASJID KUARTERS KLIA PADA 9 NOV 2013 LEPAS MAGRIB.



Selasa, 22 Oktober 2013

QURBAN BERSAMA PELAJAR AF 2013

Masjid Kuarters telah mengadakan program Qurban pada tahun ini sebanyak 12 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Sesungguhnya ibadah qurban ini amat dituntut didalah Islam sempena hari raya Idil Adha.
Disamping itu Masjid menerima kunjungan 10 orang pelajar Akedemi Fantasia dari TV Astro. Mereka turut sama-sama melaksanakan ibadah qurban ini serta mengagihkan daging qurban.








Ahad, 11 Ogos 2013

Program Pengislaman

Majlis pengislaman sering kali dilaksanakan di Masjid Kuarters KLIA. Kali ini seorang remaja Kristian telah memeluk Islam dihadapan pegawai Jakim.






Ahad, 4 Ogos 2013

MAJLIS KHATAM ALQURAN DAN PENYAMPAIAN SAGUHATI PETUGAS.

Pada 3 Ogos 2013, Majlis Khatam Alquran telah diadakan di masjid ini. Majlis ini telah dipimpin oleh Imam Besar Ust Mohd Shukor Puteh. Program ini adalah program tahunan yang dianjurkan setiap kali bulan ramadhan. Disamping itu diadakan juga acara penyampaian sumbangan dan saguhati kepada para petugas yang telah bertugas secara sukarela sepanjang bulan Ramadhan ini.

 Khatam Quran, dipimpin oleh Ust Mohd Shukor Puteh

 Peserta Khatam Alquran

 Penyampaian sumbangan kepada Petugas.- En Mohd Nor

 Saguhati kpd Ketua Tadarus Remaja. Mohd Rafiq

Pentadarus Remaja.

Infaq Beras Untuk Anak yatim & Fakir Miskin.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, masjid mengadakan program Infaq beras untuk diagih-agihkan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Orang ramai boleh membeli beras ini dengan harga satu paket RM 15.00 sahaja. Kemudian diinfaqkan untuk anak yatim dan fakir miskin.



Sabtu, 27 Julai 2013

Aman Palestin di Masjid Kuarters KLIA.

Pada 27 Julai 2013, pihak Aman Palestin cawangan Negri Sembilan telah mengadakan tazkirah di masjid ini. Disamping itu mereka telah mengimamkan solat terawikh yang di imamkan oleh Al hafiz Ammir dari Palestin.




Imam Muda Fattah

Pada 23 Julai 2013, Imam Muda Abd Fattah Riddzuan telah mengimamkan solat Terawikh seterusnya memberi tazkirah di Masjid ini. Beliau telah menghuraikan keutamaan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lain. Beliau menyatakan umat Islam perlu berlumba-lumba beribadat pada bulan ini terutamanya bersedakah.

 Imam Muda Abd Fattah Ridduan

Bersama Imam Cilik Amirul Faiz b. Tajul Urus.

Tazkirah Ramadhan, Majlis Perundingan Islam Malaysia ( MAPIM)

Pada 26 Julai 2013 Majlis Perundingan Islam Malaysia ( MAPIM ) telah mengadakan Tazkirah di masjid ini. Disamping itu mereka terlah membawa seorang imam Palestin untuk mengimamkan solat Terawikh. Imam tersebut ialah Al Hafiz Ahmad bin Diaa . Beliau sedang membuat PHD di UIA.

 Imam Al Hafiz Ahmad Diaa

Wakil Mapim - Sdr Nik Abd Aziz Nik Mohamad

Selasa, 23 Julai 2013

Saketeriat Pelajar Timur Tengah Di Masjid Kuarters KLIA

Pada 23 Julai 13, Masjid Kuarters KLIA sekali lagi menerima kunjungan saketeriat Pelajar Timur Tengah      ( SMATT ). Pertubuhan ini dengan kerjasama MAINS telah mengadakan Program Iftar Jamaei bersama para jemaah.
Pada jam 6.30 ptg telah diadakan tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Azrul Azlan  Iskandar dari USIM. Mereka juga telah mengimamkan solat terawikh dan memberi tazkirah selepas solat tersebut. Disatu sudut mereka telah mengedarkan buku-buku fadhilat ramadhan dan membuat jualan wakaf untuk Sekolah Rendah Tahfiz di Negeri Sembilan.



Rabu, 10 Julai 2013

Terawikh Bersama Imam Muda Gaza

Malam pertama sambutan Ramadhan 09 Julai 2013 Masjid Kuarters KLIA telah menerima kunjungan Imam Muda dari Gaza Sdr Mus'ad Abdul Hamid Mohamad. Beliau sekali gus menyampaikan Takirah.