Sabtu, 14 November 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN ANAK ANAK YATIM.

Bank Rakyat dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program bersama menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada beberapa keluarga terpilih di Kariah Masjid Kuarters KLIA.
Bank Rakyat di Wakili oleh Tuan Hj Mohd Hanafiah Bah Koperat Ibu Pejabat dan Tuan Hj Zulkifli Ketua Bank Rakyat di bandar Enstek.
Manakala masjid diwakili oleh Pegawai Esekutif masjid Ust Syed Mazlan dan AJk Masjid En Ibrahim Sabtu.
Turut serta ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim KLIA Puan Hajjah Rosnani Othman dan Setiausaha Pertubuhan itu Hj Tajul Urus Dawam serta beberapa orang AJK lain.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Bank Rakyat khususnya dari Surau Ibu Pejabat Bank Rakyat Kuala Lumpur.











Rabu, 19 Ogos 2015

PERTANDINGAN BERZANJI DAN MARHABAN

Jabatan Agama Negeri Sembilan telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban
bagi Peringtkat Daerah seluruh Negeri 9.
Sehubungan dengan itu, seperti biasa Masjid Kuarters KLIA telah menghantar pasukan handalannya
untuk menyertai pertandingan tersebut. Pasukan Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh
Kumpulan Marhaban " KLIA Elite" yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam.

       Pertandingan ini telah diadakan di Masjid Kariah Bandar Lukut pada 19 Ogos 2015 mulai jam
8.30 pagi. Sebanyak 7 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita telah menyertai pertandingan ini. Pada tahun ini pasukan Masjid KLIA telah diberi tentangan sengit oleh 7 pasukan yang lain. Semua hebat
hebat. Pasukan Masjid KLIA berjaya mengekalkan kejuaraannya setelah dinobatkan tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Masjid Port Dickson mendapat tempat kedua.

      Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Seremban / PD untuk bertanding diperingkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 19 Sept 2015 di Pusat Dakwah Paroi. Pada tahun lepas pasukan Masjid Kuarters KLIA, KLIA Elite muncul sebagai Juara tahun 2014. InsyaAllah pada tahun ini, pasukan KLIA Elite akan mempertahankan Kejuaraannya. Terima kasih atas sokongan Pengurusan Masjid Kuarters KLIA.

 Nama Pasukan : KLIA ELITE
Belakang dari kiri: Ust Anas, Hj Md Zahid, Hj Tajul Urus ( Ketua), Khairi, Hj Latiff, Hj Abas.
Duduk dari kiri: Hj Alias, Ust Abdullah ( Rawi ), Hj Ahmad Nordin ( Marhaban) Hj Yusop Yusak.



Khamis, 4 Jun 2015

Rabu, 3 Jun 2015

MASJID KUARTERS BERSELAWAT MENJELANG RAMADHAN

Masjid Kuarters KLIA akan riuh berselawat menjelang bulan Ramadhan tahun ini.
Habib Zainal Abidin akan dating bersama para jemaahnya untuk mempersembahkan program Selawat.
Kepada semua para Jemaah serta anak kariah semua dijemput hadir.

Maklumat lanjut hubungi:
Pegawai Esekutif Ustaz Mazlan
HP : 01123007473  atau 010 2558096




Isnin, 20 April 2015

PROGRAM PENJELASAN AKIDAH DAN WACANA PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


 
Program diatas akan diadakan pada 23 April 2015 bermula selepas solat zohor hingga
ke malam
SEMUA PARA JEMAAH DIJEMPUT HADIR.

Rabu, 11 Mac 2015

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG SPM & STPM

Masjid akan mengadakan sumbangan bagi pelajar cemerlang peperiksaan SPM dan STPM
bagi tahun 2014.
Bagi pelajar yang mendapat keputusan SPM 6A keatas sila daftar dengan S/Usaha.
Majlis sumbangan ini akan diadakan pada 12 Mac 2015 Khamis mlm Jumaat lepas solat magrib.
Harap maklum
Cal: Hj Zamri Hashim  HP   017-4614148

KEM MOTIVASI FASILITATOR


TAWARAN ISTIMEWA, YURAN HANYA RM 30.00 SAHAJA SEORANG.
PENYERTAAN BAGI 30 ORANG YANG MENDAFTAR AWAL SAHAJA.
CEPAT DAFTAR... ANDA INGIN JADI FASI..

BULETIN LMNS









Selasa, 20 Januari 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID KUARTERS KLIA

Majlis Smbutan Maulidur Rasul tahun 2015 akan diadakan di masjid ini pada tarikh dan masa seperti brikut;

      Tarikh  : 22 Januari 2015     Khamis
      Masa    : Mulai jam 3.ptg hingga 10.00 mlm

      Pertandingan Nasyid Remaja dan Kanak-kanak
      Bengkel Memanah
      Forum Perdana Maulidur rasul


Ahad, 18 Januari 2015

KURSUS HAJI SETIAP MINGGU

Masjid Kuarters KLIA mengadakan Kursus kepada bakal-bakal haji pada setiap hari Ahad jam 2.30 petang bertempat di Dewan Syarahan Tingkat Bawah.
Muslimin muslimat dijemput hadir.

Hubungi :
Puan Rosnani bt Othman      017-8758007
Hj Zamri bin Hashim            017-4614148
Utz Syed Mazlan                   0112 3007473