Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI IBU

Memotong Kek Hari Ibu
Dari kiri; Normah, Kak Ros,Kak Nani, Pn Khadijah, Zalehah, Kak Pisah


Sebahagian peserta Program Hari Ibu

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada 16 May 2010 bertempat di dewan masjid ini mkulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 t/hari.
Berbagai acara telah diadakan seperti mencari Permata Hati berkumpulan, Kuiz Agama serta debat bersama kaum bapa atas tajuk " Kebahagian Rumah Tangga, Perlukah berpoligami".

Sambutan amat mengalakan dan telah dihadiri hapir 150 orang hadirin kebanyakannya Ibu-ibu Qariah Kuarters KLIA.


Pertandingan Debat Keluarga Bahagia, Perlukah berpoligami.
Dari kiri; Kak Long, Cikgu Habsah, Utzh Wan Mariani & Pn Faridah.

Ahad, 9 Mei 2010

JOHAN MARHABAN & BERZANJI ANJURAN KEMAS.

Tahniah,
Kumpulan Al Falah, Masjid Kuarters KLIA telah menjadi johan dalam pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat Zon Labu anjuran Kemas pada 2May 2010 di dewan Jabatan Pertahanan Awam ( JPA3) Seremban.
Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Kesenian Islam Parlimen Rasah. Kumpulan Al Falah Masjid ini akan mewakili Parlimen Rasah bagi pertandingan Marhaban Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 May 2010 di Port Dickson, N Sembilan.

TAHNIAH !!!