Selasa, 26 Julai 2011

BAWA ANAK-ANAK YATIM SHOPPING

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program Shopping beli baju raya untuk anak-anak yatim di kariah ini. Shopping tersebut telah diadakan di Jaya Jusco Seremban 2. Seramai 40 orang anak-anak yatim serta ibu kanak-kanak tersebut telah dibawa membeli belah untuk persiapan hari raya.
Sebuah keluarga telah bermurah hati mendermakan sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut. Semuga Allah membalas jasa dan budi baik mereka.














Isnin, 25 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Nazir serta Jawatankuasa Masjid mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam khusus di kariah Kuarters KLIA dan semua umat Islam di Malaysia amnya.

Masjid Kuarters akan mengadakan majlis berbuka puasa untuk para jemaah pada setiap petang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi bulan yang mulia ini.

Kami juga menyeru kaum muslimin dan muslimat agar menghulurkan sumbangan untuk majlis berbuka puasa, sumbangan kepada anak-anak yatim dan membeli barangan keperluan ramai untuk masjid ini. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:

1. Imam Besar - Ustaz Mohd Shukor bin Putih
2. Imam Qariah - Tuan Hj Mohd Yusop b Md Yusak
3. Setiausaha - Hj Tajul Urus bin Dawam
4. Bendahari - En Jamaluddin bin Itam Ahmad

atau terus ke Akaun " MASJID KUARTERS KLIA" A/C B Islam No: 12104010002580

Segala sumbangan Dato' Datin, Tuan Puan muslimin dan muslimat diucapkan ribuan terima kasih.

Rabu, 20 Julai 2011

SAMBUTAN NISFU SYAABAN

Masjid kuarters KLIA telah mengadakan Majlis bacaan Yassin sebanyak 3 kali sempena Nisfu Syaaban.
Disamping itu juga masjid telah mengadakan majlis Tahlil untuk Allahyarhan Wardi bin Ahmad seorang anggota JPJ yang meninggal dunia akibat dilanggar dikawasan Matin awal bulan ini.
Isteri beliau Puan Zailah bt Abdul Rahman serta keluarga turut hadir.

video


Jumaat, 1 Julai 2011

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Masjid telah mengadakan ceramah Israk Mikraj pada 30 Jun 2011 selepas  solat magrib.
Penceramah undangan ialah Ustaz Mohd Khushairi daripada Seremban.