Isnin, 30 April 2012

Malam Apresiasi, Anugerah Tokoh Pimpinan  Masyarakat Kuarters KLIA anjuran Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA telah diadakan pada 28 April 2012 jam 8.00 malam.

Kategori yang dipertandingkan ialah;
PIBG dan Pendidikan Sek. Kebangsaan Kompleks KLIA
PIBG dan Pendidikan Sek. Men. Kompleks KLIA
Badan Kebajikan Penduduk ( BAKEP ) dan Kemasyarakatan
Rukun Tetangga dan Keselamatan
Masjid dan Keagamaan.

Pemilihan telah dijalankan secara undi sulit mulai 12 April hingga 25 April 2012.

 PEMENANG KATEGORI PIBG & PENDIDIKAN SEK. RENDAH
EN ABDUL LATIF BIN MOHAMAD YUSOF

 PEMENANG KATEGORI PIBG & SEK. MENENGAH
HJ MD FIAH BIN MD JAMIN

 PEMENANG KATEGORI RUKUN TETANGGA DAN KESELAMATAN
EN SUHAIMI BIN MAAROF

 PEMENANG KATEGORI BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK & KEMASYARAKATAN
HJ TAJUL URUS BIN DAWAM

 PEMENANG KATEGORI MASJID DAN KEAGAMAAN
HJ MOHD YUSOP BIN MD YUSAK
( IMAM PEMBANTU )

JUARA KESELURUHAN
TOKOH PIMPINAN KUARTERS KLIA SESI 2008 - 2011
HJ TAJUL URUS BIN DAWAM

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh EXCO kerajaan Negeri Sembilan / ADUN LABU Dato' Hasim bin Rusdi..

 HADIAH KHAS WANITA PALING AKTIF
PUAN ROSNANI BT OTHMAN

HADIAH KHAS WAKIL KAUM PALING AKTIF
EN RUBA SUNDRAM A/L MUTHUSAMY

Ahad, 8 April 2012

SUMBANGAN PELAJAR SPM

Tarikh : 5 April 2012
Lepas Magrib.
Seramai 24 pelajar menerima sumbangan pelajar cemerlang SPM 2011;
Sumbangan dari Masjid Kuarters KLIA - Syarat 6 A keatas.


HATI MATI DISEBABKAN 10 PERKARA

1. Kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

2. Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran), tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu tahu Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu masih lagi mengambilnya sebagai sahabat.

4. Kamu mendakwa kamu mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi kamu meninggalkan sunnah dan pesanannya.

5. Kamu beriman dan ingatkan Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk memperolehinya.

6. Kamu mengaku dan beriman serta takut kepada api Neraka, tetapi kamu masih lagi melakukan dosa.

7. Kamu percaya mati itu mesti berlaku, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk menghadapinya.

8. Kamu sentiasa mengambil tahu hal keburukan orang lain, tetapi kamu lupa untuk mengambil tahu hal-hal keburukan sendiri.

9. Kamu makan rezeki yang Allah bagi, tetapi kamu tidak pernah bersyukur.

10. Kamu sering menghantar orang mati ke kubur, tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar.

Ahad, 1 April 2012

MERAIKAN PERPISAHAN EN WAHAB, PENGARAH AKADEMI AUDIT

Masjid telah meraikan majlis perpisahan Tuan Abd Wahab Ahmad, Pengarah Akademi Audit Malaysia
yang akan bertukar ke Johor Bahru kerana dinaikan pangkat ke JUSA C. Majlis ini telah dihadiri oleh Nazir, Imam , Setiausaha dan beberapa orang AJK. 28.3.2012