Sabtu, 22 Mac 2014

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH

Masjid Kuarters KLIA melalui Biro Remaja akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh sempena musim cuti sekolah ini. Pengerusinya Nur Azlan Abdul Rahim berkata, kem ini dianjurkan untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada remaja serta memenuhi masa cuti sekolah seminggu ini.


Khamis, 13 Mac 2014

SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTISQA' SIRI 2

Solat Hajat dan Solat Istisqa' siri ke 2 akan diadakan pada 16 Mac 2014 jam 10.00 pagi di Padang Awam Kuarters KLIA ( depan Sek. Keb. Kompleks KLIA )

 
SEMUA ANAK-ANAK KARIAH DIJEMPUT HADIR.

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MH 370



Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khas untuk mangsa MH 370 pada 13 Mac 2014. Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini telah dipimpin oleh Imam 1 Masjid ini Ust Mohamad Khidir bin Ngah.
Sambutan amat menggalakan.
Masjid merakamkan rasa simpati dan berharap kepada semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.
InsyaAllah satu masa akan diketumukan semula... AMIN.

Ahad, 9 Mac 2014

SOLAT ISTISQA'

Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan solat Istisqa' Solat minta hujan pada 9 Mac 2014 mulai jam 10.00 pagi di Padang Awam Kuarters KLIA.
Solat ini di pimpin oleh Imam Masjid Ustaz Mohamad Khidir bin Ngah.