Khamis, 25 Disember 2014

FORUM PERDANA, AKHIR TAHUN

Satu Forum Perdana akan diadakan dimasjid ini pada 27 Disember 2014 bermula leoas solat magrib.
Tajuk Forum ini ialah : "PERANAN IBU BAPA DAN MASJID MEMBENTUK INSAN BERTAQWA"Forum ini anjuran Badan Kebajikan Islam Kastam Maslaysia ( BAKISKA ) dengan kerjasama Masjid ini.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.



GOTONG ROYONG PERDANA PENUTUP 2014

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Gotong Royong Perdana pada 27 Disember 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan kawasan masjid, membersihkan tempat tempat pembiakan nyamuk aedis.
Disamping itu, para jemaah dijemput untuk memperbaiki segala kemudahan yang rosak dan sebagainya.
Sila Hubungi Ustaz Syed Mazlan bin Syed Hamzah - Pegawai EXE masjid untuk keterangan lanjut.
HP 01123007473

Isnin, 8 Disember 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UPSR 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR bagi tahun 2014.
Majlis ini akan diadakan pada 11 Disember 2014 selepas solat Magrib.
Bagi anak-anak kariah Masjid Kuarters KLIA dan Bandar Enstek serta pelajar-pelajar Sek. Keb Kompleks KLIA yang memperolehi 5A boleh memohon sumbangan ini.
Sila serahkan salinan keputusan UPSR 2014 kepada Imam atau AJK Masjid sebelum 10 Dis 2014.
Sila tuliskan butir butir berikut pada salinan keputusan tersebut;

Alamat rumah dan No H Phone agar senang dihubungi.
Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Hj Mohd Zamri HP 017 4614148

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2014

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai pada 22 Nov 2014 sempena cuti sekolah. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian.
Ketua program Tuan Hj Mohd Yusop Yusak menyatakan, anak-anak diraikan di Masjid manakala utuk khatan akan dihantar ke klinik Raudhah di Bandar Enstek.








Khamis, 23 Oktober 2014

FORUM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Forum Perdana sempena Sambutan Maal Hijrah 1436 pada 25 Okt 2014 mulai lepas solat Magrib. Muslimin muslimat dijemput hadir.







 

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan majlis bacaan doa akhir tahun sebelum magrib dan doa awal tahun selepas magrib pada 24 Okt 2014 hari Jumaat mulai jam 6,30 ptg. Bacaan Yassin akan diadakan selepas solat magrib. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir



Isnin, 8 September 2014

KUMPULAN MARHABAN KLIA ELITE JOHAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2014

Kumpulan Marhaban dari Masjid Kuarters KLIA yang di namakan Kumpulan Marhaban KLIA Elite telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat Dakwah Paroi.

Sebanyak 8 kumpulan telah memasuki peringkat akhir terdiri daripada lelaki dan wanita. Hadiah telah disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan YB Dato Dr Hj Awaludin bin Said.  Kumpulan ini di ketuai oleh Hj Tajul Urus bin Dawam telah menerima sebuah Piala, Sijil Penyertaan, Kain Baju Melayu dan Wang Tunai RM 2500.00

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Berzanji  Marhaban Masjid Kuarters KLIA.

 





Ahad, 31 Ogos 2014

FORUM KHAS PRIHATIN UMMAH SELAMATKAN GAZA, PERANAN KITA

Forum Khas Prihatin Ummah Selamatkan Gaza, Apa Peranan Kita telah diadakan di Masjid Kuarters KLIA pada 28 Ogos 2014 mulai solat Asar.
Ahli Panel terdiri daripada:

Hj Jamaludin Elias
Tim. Presiden Yayasan Amal Malaysia

Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza
Pensyarah USIM - Akademik

Ustaz Saifullah bin Jamaludin
Modertor

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia dengan Kerjasama Masjid Kuarters KLIA.



MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN ANAK YATIM

Masjid telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan balu balu pada bulan Ramadhan yang lepas.





 
Agihan beras Infaq kepada Anak Anak Yatim


Jumaat, 9 Mei 2014

Lawatan Tidak Rasmi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 9 Mei 2014, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir melawat dan solat Jumaat di Masjid Kuarters KLIA. Sebelum itu beliau telah merasmikan Bangunan AKEP di Jalan LBJ, Nilai.

Beliau disambut meriah oleh para jemaah masjid ini diketuai oleh Nazir, Imam, Setiausaha dan AJK serta pegawai masjid.











AJK Masjid Di Majlis Perasmian Bank Rakyat Enstek.

Nazir, S/Usaha dan Bendahari masjid ini telah dijemput ke Perasmian Cawangan baru Bank Rakyat cawangan Bandar Enstek, di Marcato pada 9 Mei 2014. Dalam majlis tersebut pihak Bank Rakyat bermurah hati menyumbangkan derma untuk masjid sebanyak RM 10,000.

Pada malam sebelumnya, majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan dan dipimpin oleh imam 1 Ustaz Mohamad Khidir Ngah.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada phak Bank Rakyat diatas sumbangan tersebut.


 Tuan Nazir, Hj Hashim Munajat Menerima sumbangan zakat dari
Bank Rakyat untuk masjid sebanyak RM 10,000.00


Setiausaha Hj Tajul Urus menandatangani Autograf
Rank Rakyat.
 
 


Rabu, 7 Mei 2014

PROGRAM, " INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT"

Masjid ini dengan kerjasama Mess Consultant akan mengajurkan Program Indahnya Hidup Bersyariat pada 9 Mei 2014 bermula jam 4.30 petang.

PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK KANAK2 TAHUN 4 SELEPAS ASAR.

BENGKEL FATIHAH UNTUK DEWASA LEPAS ASAR.

SEMUA PARA JEMAAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 3 Mei 2014

KHIDMAT BAKTI PELAJAR UITM SHAH ALAM

Pada 3 Mei 2014 sekumpulan pelajar Uitm telah mengadakan khidmat bakti gotong royong membersihkan masjid Kuarters KLIA.
Program ini dalam sesi kursus jangka pendek yang berlansung di BTN Kuarters KLIA.

 



Khidmat Bakti Siswa/siswi UiTM