Isnin, 8 September 2014

KUMPULAN MARHABAN KLIA ELITE JOHAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2014

Kumpulan Marhaban dari Masjid Kuarters KLIA yang di namakan Kumpulan Marhaban KLIA Elite telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat Dakwah Paroi.

Sebanyak 8 kumpulan telah memasuki peringkat akhir terdiri daripada lelaki dan wanita. Hadiah telah disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan YB Dato Dr Hj Awaludin bin Said.  Kumpulan ini di ketuai oleh Hj Tajul Urus bin Dawam telah menerima sebuah Piala, Sijil Penyertaan, Kain Baju Melayu dan Wang Tunai RM 2500.00

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Berzanji  Marhaban Masjid Kuarters KLIA.

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan