Selasa, 26 Julai 2011

BAWA ANAK-ANAK YATIM SHOPPING

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program Shopping beli baju raya untuk anak-anak yatim di kariah ini. Shopping tersebut telah diadakan di Jaya Jusco Seremban 2. Seramai 40 orang anak-anak yatim serta ibu kanak-kanak tersebut telah dibawa membeli belah untuk persiapan hari raya.
Sebuah keluarga telah bermurah hati mendermakan sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut. Semuga Allah membalas jasa dan budi baik mereka.














1 ulasan: