Rabu, 19 Ogos 2015

PERTANDINGAN BERZANJI DAN MARHABAN

Jabatan Agama Negeri Sembilan telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban
bagi Peringtkat Daerah seluruh Negeri 9.
Sehubungan dengan itu, seperti biasa Masjid Kuarters KLIA telah menghantar pasukan handalannya
untuk menyertai pertandingan tersebut. Pasukan Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh
Kumpulan Marhaban " KLIA Elite" yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam.

       Pertandingan ini telah diadakan di Masjid Kariah Bandar Lukut pada 19 Ogos 2015 mulai jam
8.30 pagi. Sebanyak 7 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita telah menyertai pertandingan ini. Pada tahun ini pasukan Masjid KLIA telah diberi tentangan sengit oleh 7 pasukan yang lain. Semua hebat
hebat. Pasukan Masjid KLIA berjaya mengekalkan kejuaraannya setelah dinobatkan tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Masjid Port Dickson mendapat tempat kedua.

      Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Seremban / PD untuk bertanding diperingkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 19 Sept 2015 di Pusat Dakwah Paroi. Pada tahun lepas pasukan Masjid Kuarters KLIA, KLIA Elite muncul sebagai Juara tahun 2014. InsyaAllah pada tahun ini, pasukan KLIA Elite akan mempertahankan Kejuaraannya. Terima kasih atas sokongan Pengurusan Masjid Kuarters KLIA.

 Nama Pasukan : KLIA ELITE
Belakang dari kiri: Ust Anas, Hj Md Zahid, Hj Tajul Urus ( Ketua), Khairi, Hj Latiff, Hj Abas.
Duduk dari kiri: Hj Alias, Ust Abdullah ( Rawi ), Hj Ahmad Nordin ( Marhaban) Hj Yusop Yusak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan