Isnin, 15 November 2010

QURBAN 12 EKOR LEMBU.

Pada tahun ini, masjid Kuarters KLIA akan mengadakan majlis Qurban sempena Hariraya Aidil Adha. Jumlah haiwan yang akan dikorbankan sebanyak 12 ekor lembu dan 1 ekor kambing.
Semua peserta serta orang ramai diminta hadir pada hariraya pertama  pada 17 Nov. 2010 untuk bergotong royong melaksanakan ibadah qurban tersebut.
Solat Sunat  Hariraya Aidil Adha akan diadakan pada jam 8.30 pagi.
Harap maklum.

Jumaat, 12 November 2010

MAJLIS BERKHATAN MUSIM CUTI





Masjid ini akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai bagi anak-anak dimusim cuti sekolah ini.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar mulai sekarang dipapan notis Masjid Kuarters KLIA.

Tarikh   : 4 Disember 2010        Hari  : Sabtu
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Masjid Kuarters KLIA, Nilai.
Bayaran : RM 100.00

Sebarang pertanyaan atau penyertaan bolehlah menghubungi nama-nama berikut;
Hj Tajul Urus Dawam                  S/Usaha         019-3581428
Hj Mohd Yusop bin Md Yusak    Imam             019-2315642
Ust. Mohd Shukor bin Puteh        Imam Besar   019-6664226

Tarikh tutup Permohonan : 30 Nov. 2010

Rabu, 10 November 2010

HADIAH PELAJAR UPSR 5A.

Tahniah kepada Guru-guru serta pelajar Sek. Keb. Kompleks KLIA atas pencapaian keputusan UPSR 2010 yang menyaksikan seramai 70 pelajar mendapat 5A.
Masjid menyediakan hadiah bagi pelajar cemerlang tersebut bagi pelajar SKKLIA san Sek Agama SARA AlQalam dengan menyertakan salinan keputusan kepada S/Usaha atau AJK Masjid.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 2 Disember 2010 hari Khamis ml;m Jumaat selepas solat Magrib.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : S/Usaha > Hj Tajul Urus   >> 019=3581428

Rabu, 3 November 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI & UMRAH

Semua ahli kariah masjid Kuarters KLIA mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji dan umrah kepada anak-anak kariah masjid yang tinggal di Kuarters KLIA, Enstek dan Sriemas,
Didoakan selamat pergi dan selamat kembali ketanah air semuga mendapat haji yang mabrur.

Majlis penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal haji telah diadakan pada;
Tarikh : 7 November 2010
Masa: Selepas bacaan Yassin dan solat hajat - lepas Magrib.