Selasa, 4 Disember 2012

MASJID KUARTERS KLIA, JUARA TAHUN 2012

Masjid Kuarters KLIA telah diumumkan subagai Juara dalam pertandingan Masjid terbaik Peringkat Negeri Sembilan dalam kategori Kemudahan Prasarana. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan pada 4 Dis. 2012 di Allson Kelana Resort Seremban.
Majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan dalam majlis Sepetang Bersama MB Negeri Sembilan.
Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Nazir Tuan Hj Hasim Munajat dan S/Usaha Hj Tajul Urus Dawam.
Disamping itu MB juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang lain lain kategori seperti berikut;
Anugerah Persekitaran Masjid Terbaik   : Masjid Kg Parit, Kuala Pilah
Anugerah Pengimarahan Masjid Terbaik : Masjid Jame' Bandar Seremban
Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik   : Masjid Paroi Jaya
Anugerah Kemudahan Prasarana Terbaik : MASJID KUARTERS KLIA

 Menteri Besar Negeri Sembilan menyampaikan hadih pemenang
Anugerah Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik 2012 kepada
Nazir Hj Hasim Munajat dan S/Usaha Hj Tajul Urus Dawam

 Hadiah-hadiah merupakan, Wang Tunai RM 3000.00, Plug, Sijil,
Kitab-kitab AlQuran dan Peruntukan Pembangunan RM 50,000.00

Bersama lain-lain pemenang mengikut kategori masing-masing.