Sabtu, 28 Julai 2012

PROGRAM KAYUHAN RAMADHAN DAN IFTAR JAM'IE

Masjid Kuarters KLIA mengucapkan selamat datang kepada semua peserta Associated Cyclosportif Trekkers dalam Program Kayuhan Ramadhan dan Iftar Jamie. Seramai 80 orang ahli kayuhan akan hadir di masjid ini pada 29 Juliai 2012 jam 4.00 ptg.
Mereka akan mengadakan gotong royong membersih masjid dan mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama para jemaah.
Sebelum itu mereka akan memulakan kayuhan pada jam 5 ptg - 6 ptg.
Kepada yang berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai meraikan tetamu yang akan hadir.



Ahad, 15 Julai 2012

SHOPPING RAYA ANAK-ANAK YATIM

Pada 15 Julai 2012 Pertubuhan Kebajikan Anak-anak yatim Masjid Kuarters KLIA telah membiayai pembelian pakaian untuk anak-anak yatim dan ibu ibu tunggal. Program yang dinamakan shopping raya telah diadakan di Jaya Jusco Seremban 2.
Seramai 45 orang anak-anak yatim dan 8 ibu tunggal telah dibawa untuk membeli pakaian sebagai persiapan awal untuk menyambut hari raya tahun ini.
























 Selesai Shopping.






 Bersama urusetia dan kakitangan J Jusco.



Selepas shopping, kesemua anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di bawa menikmati makan
tengahari ayam kentucky yang siap dipacking. Semua menikmati jamuan secara santai di Taman Tasek Seremban 2.

 Kak Pisah sedang meratah ayam kentucky..








MUNAJAT PERDANA SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 1433

Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Munajat Perdana pada 13 Julai 2012. Program bermula jam 6.00 ptg dengan ceramah di Ambang Ramadhan disampaikan oleh Dr. Hasnan Kasan dari UKM.
Selapas solat maghrib telah diadakan kuliah magrib dan disambung dengan Munajat Perdana. Kuliah dan munajat dipimpin oleh Ust. Mohamad Imran Nasohah, Imam Masjid Subang Jaya.
Kehadiran para jemaah amat mengalakan.

 Dr Hasnan Kasan - UKM

 Ust. Mohamad Imran Nasohah
Imam Masjid Subang Jaya.

Para Jamaah



 Dari Kiri: Hj Zamri, Hj Jamalolail, Hj Md Zahid, Ust. Mohd Imran
Hj Tajul Urus ( SU) Ust. Saari dan adik Amirul Faiz.

Menikmati Jamuan: Dari kiri, Jamaludin, Md Noor dan Lan Bersih.

Khamis, 5 Julai 2012

Tabung Masjid Di Pecah Lagi....

Setannn....Tabung masjid di pecah lagi,,, Apa nak jadi masjid ini.. dah 5 kali tabung masjid telah dipecah dan dicuri.. Semalam pada 6,7,2012 sekali lagi tabung masjid menjadi sasaran penyangak.. Kali ini tabung jualan air Infak menjadai sasaran..
Semuga Allah membalas perbuatan mereka yang tidak bertanggung jawab ini.  AMIN.



Selasa, 3 Julai 2012

Perjumpaan Dengan CEO TH Properties

Majlis perjumpaan diantara CEO Th Properties Dato' Razali dengan AJK Masjid Kuarters KLIA telah diadakan pada 4 Julai 2012 jam 10.00 pagi di Pejabat mereka di Jalan Tun Razak Kg Baru. Perbincangan meliputi bantuan untuk membina tangki air masjid yang telah rosak  sejak tahun 2009.




Wakil Masjid Tuan Hj Mohd Yusop ( Imam Qariah ) Hj Hasim Munajat ( Nazir )
Hj Tajul Urus ( Setiausaha ) Hj Jamalolail ( Setiausaha Pembangunan )