Rabu, 10 Julai 2013

Terawikh Bersama Imam Muda Gaza

Malam pertama sambutan Ramadhan 09 Julai 2013 Masjid Kuarters KLIA telah menerima kunjungan Imam Muda dari Gaza Sdr Mus'ad Abdul Hamid Mohamad. Beliau sekali gus menyampaikan Takirah.







Isnin, 8 Julai 2013

Imam Muda GAZA di Masjid Kuarters KLIA

Imam Muda GAZA akan mengimamkan solat Terawikh di Masjid ini pada 9 dan 14 Julai 2013. Imam tersebut ialah Mus'ad Abdul Hamid Muhamad. Disamping itu juga pada 26 dan 27 Julai masjid ini akan dikunjungi oleh Imam Palestin dari Ikram dan MAPIM.

Jemput hadir beramai-ramai.



Sabtu, 6 Julai 2013

Tahlil Perdana

Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Tahlil Perdana dan Khatam AlQuran pada 4 Julai 2013. Majlis ini diadakan sempena sambutan bulan Ramadhan yang akan tiba. Pelajar-pelajar Maad Tahfiz An Najihah dijemput untuk meraikan majlis tersebut.




Selasa, 2 Julai 2013

Malam Mesra AJK & Pegawai Masjid

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan malam Mesra AJK, Pegawai dan keluarga pada 30 Jun 2013 bermula jam 8.00 mlm bertempat di Empress Hotel. Penyampaian sumbangan dan skim Kebajikan telah disampaikan pada malam tersebut.
Kumpulan Marhaban An Najah telam menerima sumbangan saguhati kerana memasuki beberapa pertandingan tahun 2012.











Ahad, 16 Jun 2013

MESYUARAT AGONG MASJID KUARTERS KLIA.

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan mesyuarat Agong pada 14 Jun 2013 selepas solat isya'. Mesyuarat ini diadakan bertujuan memilih AJK pelapis yang akan menerajui masjid dimasa akan datang, kerana sebahagian daripada AJK telah berpindah dan meletakan jawatan.
Disamping itu juga, mesyuarat kali ini telah membentangkan penyata kewangan masjid dan memohon kelulusan mesyuarat untuk dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam.








Rabu, 20 Februari 2013

Pelupusan Al Quran

Masjid Kuarters KLIA sedang mengumpulkan Quran buruk atau rosak untuk dilupuskan. Tuan tuan boleh menghantar Al Quran tersebut dan masukan kedalam peti yang disediakan.
Quran tersebut akan dihantar untuk pelupusan di tempat berikut;

Rabu, 23 Januari 2013

KURSUS HAJI

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT  DIJEMPUT HADIR
BERAMAI-RAMAI UNTUK MENGIKUTI KURSUS HAJI TERSEBUT.

HUBUNGI:
S/USAHA : 019-3581428
PENGERUSI KURSUS: HJ JAMALOLAIL : 019-9395300


Selasa, 4 Disember 2012

MASJID KUARTERS KLIA, JUARA TAHUN 2012

Masjid Kuarters KLIA telah diumumkan subagai Juara dalam pertandingan Masjid terbaik Peringkat Negeri Sembilan dalam kategori Kemudahan Prasarana. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan pada 4 Dis. 2012 di Allson Kelana Resort Seremban.
Majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan dalam majlis Sepetang Bersama MB Negeri Sembilan.
Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Nazir Tuan Hj Hasim Munajat dan S/Usaha Hj Tajul Urus Dawam.
Disamping itu MB juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang lain lain kategori seperti berikut;
Anugerah Persekitaran Masjid Terbaik   : Masjid Kg Parit, Kuala Pilah
Anugerah Pengimarahan Masjid Terbaik : Masjid Jame' Bandar Seremban
Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik   : Masjid Paroi Jaya
Anugerah Kemudahan Prasarana Terbaik : MASJID KUARTERS KLIA

 Menteri Besar Negeri Sembilan menyampaikan hadih pemenang
Anugerah Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik 2012 kepada
Nazir Hj Hasim Munajat dan S/Usaha Hj Tajul Urus Dawam

 Hadiah-hadiah merupakan, Wang Tunai RM 3000.00, Plug, Sijil,
Kitab-kitab AlQuran dan Peruntukan Pembangunan RM 50,000.00

Bersama lain-lain pemenang mengikut kategori masing-masing.

Isnin, 12 November 2012


Cepat daftar.. hantar anak anak anda ke Kem ini agar mereka melaksanakan kerja kerja amal.

HP: 019-3581428

Ahad, 4 November 2012

PROGRAM KHATAM PERDANA SEK-SEK SEREMBAN

Hari ini 5 Nov. 2012 Masjid Kuarters KLIA akan dijadikan tempat Khatam AlQuran Perdana perinngkat Seremban. Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hassan akan merasmikan majlis tersebut.
Kehadiran pelajar seramai 5000 orang dan guru guru serta ibu bapa seramai lebih kurang 2000 orang. Majlis akan bermula selepas solat Magrib dan pendaftaran pada lepas Asar.