Selasa, 16 Oktober 2012

Lawatan Ke Kilang Roti Gardenia

Pada 16 Okt 2012, Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan lawatan ke kilang Roti GARDENIA di Shah Alam. Seramai 45 orang termasuk 7 lelaki telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan kekilang ini bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi bagaimana pengilangan makanan kegemaran ramai ini di buat dan dijamin Halal.
Ramai diantara peserta ingin menceburi bidang pembuatan Bakery selepas melawat kilang ini.



Puan Saloma baru sampai.


Tak sabar nak bergambar.

Ini saja lelaki yang menyertai


S/Usaha Masjid (kiri) turut serta.

Tuan Azmi pegawai Gardenia memberi penerangan.


Moh kita bergambar ramai.


Puan Rosnani ( Purdah ) ketua rombongan
S/U Posing di depan kilang.





Rabu, 26 September 2012

PENGADILAN PERTANDINGAN MASJID TERBAIK

Pada 26 Sept 2012, masjid Kuarters KLIA telah menerima kunjungan rombongan untuk membuat pengadilan pertandingan masjid terbaik dalam kategori Psarana.
Pada tahun 2011 masjid ini temenjadai johan peringkat Daerah Seremban dan peringkat n Sembilan dalam kategori Pengimarahan Masjid.




Jumaat, 21 September 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID

Ahli-ahli qariah masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Program Gotong Royong Bagi membersihkan kawasan masjid pada 22 Okt 2012. Menurut pengerusi program Hj Mohd Yusop Yusak, gotong royong ini telah dijadualkan setiap bulan. Sambutan, alhamdullah menggalakan.















Khamis, 13 September 2012

JAMUAN HARIRAYA GABUNGAN KOMUNITI

Kuarters KLIA telah mengadakan Jamuan Hariraya gabungan beberapa buah Komuniti disini pada 16 Sept 2012 bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 t/hari bertempat di Dewan Sukan Kuarters KLIA.

Badan-badan yang menyertai ialah:

1. Masjid Kuarters KLIA                             Nasi Bryani

2. Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA ( BAKEP )    Mee Kari, Kueh Muih dan kerepek

3. Rukun Tetangga                                        Satay dan Nasi Impit

4. Sek. Agama Rakyat AlQalam                   Minuman Sejuk

5. Sek. Menengah Komp. KLIA                   Buah buahan

6. Sek. Rendah Komp. KLIA                        Lemang dan Rendang

7. Kelompok 9                                               Minuman Panas

KEHADIRAN AMAT MENGGALAKAN SEHINGGA KIRA-KIRA 1000 ORANG.


















 Johan Pertandingan Gerai Tercantik 2012
MASJID KUARTERS KLIA

Jumaat, 24 Ogos 2012

SUMBANGAN ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL

Alhamdulillah, Masjid Kuarters KLIA dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kuarters KLIA telah mengadakan Majlis Meraikan serta memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada 5 Ogos 2012 lalu brtempat di Dewam Syarahan Masjid.
Seramai 80 orang anak-anak yatim dan 15 ibu ibu tunggal telah diraikan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Nazir Masjid Kuarters KLIA Tuan HJ Mohd Hasim Munajat.