Sabtu, 22 Mac 2014

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH

Masjid Kuarters KLIA melalui Biro Remaja akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh sempena musim cuti sekolah ini. Pengerusinya Nur Azlan Abdul Rahim berkata, kem ini dianjurkan untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada remaja serta memenuhi masa cuti sekolah seminggu ini.


Khamis, 13 Mac 2014

SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTISQA' SIRI 2

Solat Hajat dan Solat Istisqa' siri ke 2 akan diadakan pada 16 Mac 2014 jam 10.00 pagi di Padang Awam Kuarters KLIA ( depan Sek. Keb. Kompleks KLIA )

 
SEMUA ANAK-ANAK KARIAH DIJEMPUT HADIR.

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MH 370



Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khas untuk mangsa MH 370 pada 13 Mac 2014. Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini telah dipimpin oleh Imam 1 Masjid ini Ust Mohamad Khidir bin Ngah.
Sambutan amat menggalakan.
Masjid merakamkan rasa simpati dan berharap kepada semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.
InsyaAllah satu masa akan diketumukan semula... AMIN.

Ahad, 9 Mac 2014

SOLAT ISTISQA'

Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan solat Istisqa' Solat minta hujan pada 9 Mac 2014 mulai jam 10.00 pagi di Padang Awam Kuarters KLIA.
Solat ini di pimpin oleh Imam Masjid Ustaz Mohamad Khidir bin Ngah.








Jumaat, 21 Februari 2014

TILAWAH ALQURAN MASJID

Diadakan pada 14 Feb 2014.
6 kategori dopertandingkan
Kanak-kanak lelaki dan perempuan
Remaja Lelaki dan perempuan
Dewasa Lelaki dan perempuan

Hadiah2 telah disampaikan oleh Nazir Masjid Hj Hasim Munajat.

 
 
 
 


Ahad, 26 Januari 2014

SEKITAR MAJLIS SUMBANGAN PMR 2014

Pada 23 Jan. 2014 Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan bagi pelajar-pelajar di kariah ini yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun 2013.
Sumbangan ini di beri kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan 6A dan keatas.

Sumbangan telah disampaikan oleh Nazir baru masjid ini Tuan Hj Jamalollail bin Mohd Yatim. Acara ini telah dijadikan acara tahunan salah satu aktiviti masjid ini.




Jumaat, 10 Januari 2014

KURSUS HAJI TAHUN 2014

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KURSUS HAJI DAN UMRAH
DIMASJID KUARTERS KLIA AKAN BERMULA PADA;

TARIKH:   26 JANUARI 2014

KURSUS SETIAP HARI AHAD

MASA:  9.00 PAGI HINGGA 12.00 T/HARI

TEMPAT: DEWAN SYARAHAN, ARAS BAWAH
                 MASJID KUARTERS KLIA, 71800 NILAI, N/SEMBILAN.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

1. TUAN HJ JAMALOLLAIL BIN MOHD YATIM      HP: 019-9395300
2. TUAN HJ TAJUL URUS BIN DAWAM                    HP: 019-3581428
3. PUAN HAJJAH ROSNANI BT OTHMAN               HP: 017-8758007

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR. PENDAFTARAN AKAN DIBUKA PADA
26 JAN. 2014 JAM 8.30 PAGI.
TERIMA KASIH

Rabu, 18 Disember 2013

PROGRAM BIJAK SIFIR

SEGERA DAFTARKAN ANAK TUAN PUAN.
BAYARAN RM 30.00 SEORANG.
HUBUNGI :
PUAN ROSNANI OTHMAN   HP : 017-8758007
PUAN MARINA                       HP: 019-3761125


Ahad, 1 Disember 2013

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG UPSR 2012

Pada 28 Nov 2013, Masjid telah mengadakan sumbangan Kebajikan Skim Pelajar Cemerlang untuk keputusan UPSR  tahun lepas. Pelajar pelajar yang mendapat 5 A telah diraikan dan diberi sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM 50.00 seorang.
Sekolah Keb. Kompleks KLIA telah mencapai keputusan yang cemerlang dimana 55 orang telah mendapat keputusan UPSR 5A pada tahun 2012.
Tahniah... anak kariah masjid ini.





Jumaat, 8 November 2013

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI RAMAI

MASJID INI AKAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI
PADA TARIKH BERIKUT:

TARIKH    : 16 NOV. 2013    - SABTU

MASA     ; 7.30 PAGI




FORUM MAAL HIJRAH

SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGIKUTI FORUM SEMPENA MAAL HIJRAH
DIMASJID KUARTERS KLIA PADA 9 NOV 2013 LEPAS MAGRIB.



Selasa, 22 Oktober 2013

QURBAN BERSAMA PELAJAR AF 2013

Masjid Kuarters telah mengadakan program Qurban pada tahun ini sebanyak 12 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Sesungguhnya ibadah qurban ini amat dituntut didalah Islam sempena hari raya Idil Adha.
Disamping itu Masjid menerima kunjungan 10 orang pelajar Akedemi Fantasia dari TV Astro. Mereka turut sama-sama melaksanakan ibadah qurban ini serta mengagihkan daging qurban.