Ahad, 27 Februari 2011

CERAMAH MAULIDUR RASUL, BAKEP

Majlis Ceramah Maulidur Rasul anjuran Bakep akan diadakan pada 3 Mac 2011 - Khamis  selepas solat Isya bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA
Penceramah Jemputan:
Ustaz Noor Azamir Alias
Timbalan Mufti, Negeri Sembilan.
Semua Penduduk dijemput hadir.
Jamuan disediakan


Selasa, 8 Februari 2011

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1432

SEKITAR CERAMAH PERDANA MAILIDUR RASUL
MASJID KUARTERS KLIA 15.2.2011

Sdr. Nurazlan Abd Rahim dari MAS sebagai Pengacara Majlis
Sambutan Maulidur Rasul Masjid Kuarters KLIA
 
 Penceramah: Ust Don Daniyal bin Don Biyajid
daripada Jab. Tahfiz AlQuran dan Qiraat KUIS








Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan ceramah Maulidur rasul pada tarikh berikut;

Tarikh   : 15 Feb 2011     - Selasa

Masa  : Lepas Solat Magrib

Penceramah : Al Fadhil Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid
                     Pensyarah Jab. Tahfiz Alquran dan Qiraat  KUIS
                     Penceramah dari TV Al Hijrah.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Selasa, 1 Februari 2011

TILAWAH ALQURAN MASJID KUARTERS KLIA

Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Kuarters KLIA telah diadakan pada ;

Tarikh  : 5 February 2011      - Sabtu
Masa  : Lepas Solat Magrib
Tempat:  Masjid Kuarters KLIA, Nilai







Format Kategori:

Kanak-Kanak Lelaki bawah 12 th
Kanak Perempuan Bawah 12 th

Remaja Lelaki Bawah 17 th
Remaja Perempuan bawah 17 th

Dewasa Lelaki
Dewasa Wanita.

Syarat pertandingan:  Mesti kalangan kariah masjid kuarters KLIA dan Enstek.
Pembaca import tidak dibenarkan.

Daftar Segera. hubungi Sdr. Muhasan Mohd  - HP 012-6464679  atau Hj  Tajul Urus 019-3581428


Selasa, 25 Januari 2011

SEMINAR KEPIMPINAN AJK / PEGAWAI MASJID

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Seminar Kepimpinan AJK dan Pegawai Masjid pada 22 dan 23 Jan 2011 bertempat di KM Chalet Linggi Melaka. Pragram ini ihadiri seramai 20 keluarga dan melibatkan peserta seramai 85 orang. Pihak penganjur telah menjemput penceramah, Pakat Motivasi Hj Mohamad bin Jantan bagi cemah malam, Ust Sharifudin , kuliah Subuh dan Jurulatih senaman pagi, Hj Tajul.

Disamping itu, pihak urusetia telah mengadakan Hari Keluarga dikalangan keluarga AJK dan keluarga staff masjid. Semuga program ini akan mendapat menafaat peserta semua.















TREASURE HUNT, MASJID KUARTERS KLIA

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Program Treasure Hunt ( Mencari Harta Karun ) pada 22 Jan 2011 dari jam 8.30 pagi. Proram ini bermula daripada Masjid Kuarters KLIA hingga ke KM Chalet Sg Baru Linggi Melaka.
Sebanyak 19 kenderaan telah mengikuti program ini yang terdiri daripada ahli keluarga AJK masjid dan Pegawai masjid.
Majlis telah dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Kuarters KLIA Ust Abd Shukor Puteh seterusnya melepaskan para peserta tersebut.

Pemenang Pertandingan:

Johan   : Keluarga Hj Kaini Bin Ismadi
Naib Johan : Keluarga Hj Alias bin Suliman
Ketiga : Keluarga Puan Rosnani bt Othman.

Pengarah Program : Hj Tajul Urus Dawam

Sabtu, 25 Disember 2010

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG PMR 2010

Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR tahun 2010 Masjid Kuarters KLIA akan diadakan pada tarikh berikut;

Tarikh : 6 Jan 2010      - Khamis mlm Jumaat

Masa :: Lepas Solat Magrib

Tempat :: Dewan Solat Masjid Kuarters KLIA.

Syarat-syarat mendapat sumbangan:-

1. Keputusan PMR 2010 mendapat keputusan 6A keatas.
2. Pelajar dari Sek Men Kompleks KLIA
3. Pelajar luar, tetapi ibu bapa tinggal tetap di Kuarters KLIA dan Ensteks.
4. Mengisi borang dan sertakan salinan keputusan.
5. Tarikh Tutup : 4 Jan 2010.

Sebarang kesulitan, sila berhubung dengan;-
1. Hj Tajul Urus Dawam - S/Usaha  -- 019-3581428
2. Hj Mohd Yusop bin Md Yusak - Imam - 019-2315642

" TAHNIAH KEPADA GURU-GURU DAN PIBG SMK, KOMP. KLIA"

Isnin, 20 Disember 2010

KEM MOTIVASI REMAJA 2010





Masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Kem Motivasi bagi anak-anak Remaja sempena cuti sekolah pada tarikh berikut;

Tarikh  : 21 Disember 2010      Hari : Selasa

Masa  : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg

Tempat  : Masjid Kuarters KLIA.

Ibu bapa yang mempunyai anak anak remaja dijemput untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti program ini.
Bayaran seorang sebanyak RM 15.00 sahaja.  Bayaran tambahan akan ditanggung oleh pihak masjid.

Berminat sila hubungi : Tuan Hj Mohd Yusop bin Md Yusak = Imam   HP 019-2315642

Khamis, 16 Disember 2010

TEMUDUGA GURU TASKI, MASJID KUARTERS KLIA

Temuduga Guru- Guru Taski Masjid Kuarters KLIA

Tarikh : 17 Disember 2010
Hari   : Jumaat
Tempat : Bilik Imam Besar,
              Masjid Kuarters KLIA

Ahli-ahli Panel Penemuduga guru-guru terdiri daripada ;

Nazir : Hj Hasim bin Munajat
Imam Besar : Ust. Mohd Shukor bin Puteh
Imam : Hj Mohd Yusop bin Md Yusak
S/Usaha : Hj Tajul Urus bin Dawam


Temuduga Guru Taski


Isnin, 6 Disember 2010

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432








Masjid akan mengadakan sambutan maal Hijrah pada tahun ini pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh  : 16 Disember 2010              Khamis mlm Jumaat
Masa  : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA

Pengisian:
Ceramah Perdana
Persembahan Nasyid Kumpulan As Sabab
Persembahan Marhaban Kumpulan An Najah
Jamuan Makan Malam.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Isnin, 15 November 2010

QURBAN 12 EKOR LEMBU.

Pada tahun ini, masjid Kuarters KLIA akan mengadakan majlis Qurban sempena Hariraya Aidil Adha. Jumlah haiwan yang akan dikorbankan sebanyak 12 ekor lembu dan 1 ekor kambing.
Semua peserta serta orang ramai diminta hadir pada hariraya pertama  pada 17 Nov. 2010 untuk bergotong royong melaksanakan ibadah qurban tersebut.
Solat Sunat  Hariraya Aidil Adha akan diadakan pada jam 8.30 pagi.
Harap maklum.

Jumaat, 12 November 2010

MAJLIS BERKHATAN MUSIM CUTI





Masjid ini akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai bagi anak-anak dimusim cuti sekolah ini.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar mulai sekarang dipapan notis Masjid Kuarters KLIA.

Tarikh   : 4 Disember 2010        Hari  : Sabtu
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Masjid Kuarters KLIA, Nilai.
Bayaran : RM 100.00

Sebarang pertanyaan atau penyertaan bolehlah menghubungi nama-nama berikut;
Hj Tajul Urus Dawam                  S/Usaha         019-3581428
Hj Mohd Yusop bin Md Yusak    Imam             019-2315642
Ust. Mohd Shukor bin Puteh        Imam Besar   019-6664226

Tarikh tutup Permohonan : 30 Nov. 2010

Rabu, 10 November 2010

HADIAH PELAJAR UPSR 5A.

Tahniah kepada Guru-guru serta pelajar Sek. Keb. Kompleks KLIA atas pencapaian keputusan UPSR 2010 yang menyaksikan seramai 70 pelajar mendapat 5A.
Masjid menyediakan hadiah bagi pelajar cemerlang tersebut bagi pelajar SKKLIA san Sek Agama SARA AlQalam dengan menyertakan salinan keputusan kepada S/Usaha atau AJK Masjid.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 2 Disember 2010 hari Khamis ml;m Jumaat selepas solat Magrib.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : S/Usaha > Hj Tajul Urus   >> 019=3581428

Rabu, 3 November 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI & UMRAH

Semua ahli kariah masjid Kuarters KLIA mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji dan umrah kepada anak-anak kariah masjid yang tinggal di Kuarters KLIA, Enstek dan Sriemas,
Didoakan selamat pergi dan selamat kembali ketanah air semuga mendapat haji yang mabrur.

Majlis penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal haji telah diadakan pada;
Tarikh : 7 November 2010
Masa: Selepas bacaan Yassin dan solat hajat - lepas Magrib.

Khamis, 14 Oktober 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN PERINGKAT N. SEMBILAN

Kumpulan Marhaban Masjid Kuarters KLIA yang diberi nama Pasukan Al Falah akan memasuki pertandingan akhir Pertandingan Marhaban dan Berzanji Periungkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 15 Okt 2010 jam 3,00 ptg di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Pasukan ini berjaya melayakan diri kepertandingan akhir setelah menjalani saringan bersama 19 pasukan lain pada 9 Okt 2010 yang lepas.

Pertandingan ini diadakan sempena Karnival 1 Halal 1 Malaysia yang berlansung di Kompleks tersebut selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Okt 2010. Pada tahun lepas, pasukan An Najah dari masjid ini telah merangkul kejuaraan peringkat Negeri dengan menewaskan 8 pasukan yang lain.

Pasukan Nasyid Remaja Kuarters KLIA juga akan menyertai pertandingan Nasyid kategori Sekolah yang akan diadakan pada 17 Okt 2010 - Ahad ditempat yang sama. Kumpulan ini di beri nama Kumpulan Shoutol Shabab yang dianggotai seramai 10 orang remaja Kuarters KLIA.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBERI SOKONGAN TUAN/ PUAN

Pertandingan Marhaban di Kompleks Belia Sukan Paroi, Seremban.

.