Selasa, 13 September 2016

SEKITAR PROGRAM QURBAN MASJID KUARTERS KLIA.

Pada tahun ini 2016 Masjid Kuarters KLIA telah melaksanakan ibadah Qurban sebanyak  11 ekor lembu. Dimana 7 ekor adalah daripada para jemaah masjid dan 4 ekor adalah program daripada Kuala Lumpur Airport Services ( KLAS ).









Isnin, 20 Jun 2016

Program Ihya Ramadhan

Sheikh Solah Zaki Al Khodiri mengimamkan solat terawikh dan meberi tazkirah di Masjid Kuarters KLIA.






Jumaat, 10 Jun 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERAS INFAQ

Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan beras Infaq kepada Al Hufaz Maad Tahfiz Sendayan, Negeri Sembilan. Sumbangan beras ini adalah hasil sumbangan daripada para jemaah masjid Kuarters KLIA untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin, anak anak yatim dan maad Tahfiz. 
Sumbangan telah disampaikan oleh Ust Syed Mazlan bin Syed Azizan kepada Ustaz Hj Abd Karim wakil daripada Al Hufaz Maad Tahfiz Sendayan.
Semuga segala usaha murni kita dibulan Ramadhan ini akan diberkati Allah s.w.t

 Sumbangan beras infaq kepada Maad Tahfiz Sendayan.

Berdoa mohon keberkatan dari Allah s.w.t

Selasa, 26 April 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA IBU IBU TUNGGAL

Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Masjid Kuarters  KLIA telah mengadakan program penyampaian sumbangan kepada Ibu ibu tunggal di kariah masjid ini. Majlis tersebut telah diadakan pada 25 April 2016 di Dewan Biri Wanita Masjid Kuarters KLIA.
    Peringkat pertama ini seramai 20 orang ibu ibu tunggal telah dijemput untuk menerima sumbangan tersebut berupa barangan makanan dan wang tunai.
    Turut hadir pada majlis tesebut ialah Pegawai Esekutif Masjid Ust Syed Mazlan bin Syed Azizan, Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman, Setiausaha Hj Tajul dan beberapa orang AJK Pertubuhan.



MAJLIS ILMU BULAN MEI 2016


Isnin, 29 Februari 2016

MAJLIS PERASMIAN SURAU RIADHUS SOLIHIN

PiBG Sek Keb Kompleks KLIA telah berusaha membina satu WAKAF berbentuk surau untuk kegunaan para pelajar dan guru guru  bagi aktiviti aktiviti agama disekolah tersebut. Wakaf ini berbentuk traditional dan  diperbuat 100% daripada kayu.
Pada 26 Feb 2016, surau wakaf ini telah dirasmikan oleh Hj Tajul Urus Bin Dawam, YDP PIBG Sek Keb Kompleks KLIA. Semua ketua ketua jabatan dipersekitaran turut diundang memeriahkan lagi majlis tersebut.




Sabtu, 14 November 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN ANAK ANAK YATIM.

Bank Rakyat dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program bersama menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada beberapa keluarga terpilih di Kariah Masjid Kuarters KLIA.
Bank Rakyat di Wakili oleh Tuan Hj Mohd Hanafiah Bah Koperat Ibu Pejabat dan Tuan Hj Zulkifli Ketua Bank Rakyat di bandar Enstek.
Manakala masjid diwakili oleh Pegawai Esekutif masjid Ust Syed Mazlan dan AJk Masjid En Ibrahim Sabtu.
Turut serta ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim KLIA Puan Hajjah Rosnani Othman dan Setiausaha Pertubuhan itu Hj Tajul Urus Dawam serta beberapa orang AJK lain.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Bank Rakyat khususnya dari Surau Ibu Pejabat Bank Rakyat Kuala Lumpur.