Khamis, 26 Ogos 2010

MAJLIS SUMBANGAN ANAK YATIM PNB

25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadan, satu majlis berbuka puasa dan sumbangan anak-anak yatim telah diadakan di Masjid Kuarters KLIA. Majlis ini dianjurkan Perbadanan Nasional Bhd PNB dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA.
Pada majlis tersebut, PNB telah bermurah hari menderma pakaian serta duit raya pada anak-anak yatim yang terpilih. Pusat anak yatim yang dijemput ialah dari Rumah Anak yatim Murad Foundation Seremban, Rumah Anak Yatim Darul Hikmah Kajang dan anak-anak yatim kariah Masjid Kuarters KLIA.

Imam Besar Ustaz Mohd Shukor bin Puteh telah diberi kesempatan menyampaikan tazkirah berkaitan dengan ramadhan dan kelebihan megasuk anak-anak yatim.
Majlis diakhiri dengan solat Tarawikh dan jamuan moreh.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan