Rabu, 1 Jun 2011

MASJID KUARTERS KLIA, JOHAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA.

Masjid Kuarters KLIA telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan mengumpul bahan bahan kitar semula bagi kawasan Nilai anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Negeri Sembilan.
Sebanyak 18 buah masjid kawasan Nilai telah menyertai pertandingan ini, dan jumlah pengumpulan sisa pepejal masjid kariah Kuarters KLIA adalah yang paling banyak diperolehi.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan pada 1 Jun 2011 di masjid Kuarters KLIA mulai jam 3.00 ptg. Penolong Pengarah Perbadanan En Azhar telah sudi meyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu Masjid Kuarters KLIA sebanyak RM 1000.00
Masjid Kuarters KLIA telah di wakili oleh Setiausaha Masjid, Hj Tajul Urus Dawam menerima sumbangan tersebut.









1 ulasan: