Khamis, 9 Februari 2012

LAWATAN KERJA PAIDS DAN JKR SEREMBAN

Pegawai Agama Islam Daerah Seremban dan JKR Seremban telah mengadakan lawatam kerja kemasjid Kuarters KLIA pada 9 Feb 2012.  Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti kerosakan bahagian bumbung masjid dan kerosakan tangki air masjid.
Pihak JKR memaklumkan akan membuat sebutharga bagi pembaikan bumbung dan tangki air tersebut tidak berapa lama lagi.







Jumaat, 13 Januari 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID JAN 2012.

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID KUARTERS KLIA AKAN DIADAKAN PADA:

Tarikh   : 15 Januari 2012     - Ahad

 Masa : 8.00 pagi.  Selepas Kuliah Subuh.


Sila bawa keperluan peralatan seperti ; Cangkul, gergaji, penyapu, cakar, mesin rumput, mesin pemotong kayu, mop dan lain-lain.


KEBERSIHAN MASJID MELAMBANGKAN KEIMANAN KITA BERSAMA

Isnin, 9 Januari 2012

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG PMR 2011

Seperti biasa, masjid akan mengadakan majlis sumbangan pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun 2011. Bagi pelajar-pelajar yang telah memperolehi keputusan 6A keatas boleh memohon sumbangan ini. Syarat-syarat sperti berikut;

1. Memperolehi 6A keatas bagi keputusan PMR tahun 2011
2. Pelajar dari Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA.
3. Pelajar bersekolah luar tetapi Ibu bapa/ Penjaga penghuni tetap di Kuarters KLIA, dan Enstek.
4. Mengemukakan salinan keputusan kepada AJK Masjid.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TELAH DIADAKAN PADA 12.1.2012 SELEPAS SOLAT MAGRIB.






 
 

BILIK MUSAFIR UNTUK DISEWA

Masjid Kuarters KLIA menyediakan bilik penginapan untuk disewa. Kepada para jamaah serta orang ramai yang ingin bermalam di kawasan Kuarters KLIA ini boleh memohon kemudahanan ini. Sewaan yang dikenakan satu malam sebanyak RM 80.00 ( Aircond)

Kemudahan yang disediakan:

1. Satu katil kelamin
2. Satu katil double deker.
3. Satu TV
4. Bilik air diluar
5. Tilam dan bantal extra
6. Kipas angin
7. Hawa Dingin
8. Satu set Sofa

Untuk tenpahan, sila hubungi:
1. Hj Tajul Urus  - S/Usaha          - 019-3581428
2. Hj Mohd Yusop Yusak - Imam - 019-2315642





Ahad, 8 Januari 2012

RUMAH SUMBANGAN PER. ANAK YATIM KTRS KLIA.

Ini adalah rumah  ibu tunggal Habsah serta anak-anaknya sedang dalam pembinaan.
Terima kasih kepada para penyumbang...











Rabu, 4 Januari 2012

SUMBANGAN ANAK YATIM, BACK TO SCHOOL

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim, Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program penyampaian bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim kariah ini pada 3 Jan 2012.
Seramai 80 orang anak yatim telah dijemput untuk menerima sumbangan yang dinamakan " Back To School".
Sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang tunai.
Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman menyatakan, program ini adalah program tahunan yang mana pertubuhan ini membantu anak anak yatim untuk membeli keperluan persekolahan.







Selasa, 20 Disember 2011

PERTANDINGAN MARHABAN PERINGKAT NEGERI 9 TAHUN 2011

Masjid Kuarters KLIA telah menyertai pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat N9 yang telah diadakan pada 15 Dis. 2011 di Pusat Dakwah Paroi.
Seperti biasa, masjid telah menghantar kumpulan marhaban Al Falah bagi menyertai pertandingan tersebut yang disertai 4 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan wanita.

Tahun ini kumpulan Al Falah yang pernah merakamkan album di Hijjaz Rekod hanya mnduduki tempat keempat. Ahli-ahli akan mengadakan mesyuarat post moterm bagi mengkaji sebab-sebab kekalahan ini.











GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID

Ahli jemaah masjid telah mengadakan majlis gotong royong bagi membersihkan kawasan masjid pada 18 Dis 2011. Menurut ketua operasi yang juga imam Qariah Tuan Hj Mohd Yusop M Yusak, gotong royong ini diadakan selepas kuliah subuh. Menurut beliau, kesempatan ini diambil kerana ramai para jemaah yang mengikuti kuliah subuh dan hari cuti hujung minggu sedia menyertai gotong royong ini.

Masjid bersih dan ceria melambangkan kebersihan jiwa jemaah sekelian.









Ahad, 20 November 2011

PROGRAM BERKHATAN MUSIM CUTI SEKOLAH.

Masjid ini9 telah mengadakan Program Berkhatan beramai-ramai sempema cuti persekolahan sesi tahun 2011. Majlis ini telah diadakan di kawasan masjid pada 20 Nov. 2011 bermula jam 7.00 pagi.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini. Sebelum itu, satu majlis meraikan anak-anak ini telah diadakan di kantin masjid. Meteka telah diberikan hadiah dan wang saguhati oleh pihak masjid yang telah disampaikan oleh Nazir Tuan Hj Mohd Hasim Munajat. Akhirnya semua kanak-kanak ini telah dibawa ke klinik Raudah untu disunatkan.



Khamis, 17 November 2011

PERTEMUAN ANTARA JPM, JAHEINS DAN MASJID

Satu majlis pertemuan dan perbincangan telah diadakan pada 16 Nov. 2011 jam 9.30 pagi di Masjid Kuarters KLIA diantara wakil JPM En Azlan Abd Majid dan En Roslan Mohd Yusoff  dan wakil dari Pej. Agama Islam Daerah Seremban Ust. Mohd Raizalani Mohd Rais. Manakala pihak masjid kuarters KLIA diwakili oleh Imam Besar Ustaz Mohd Shukor Puteh, Nazir Hj Mohd Hashim bin Munajat dan Setiausaha Hj Tajul Urus Dawam.

Perbincangan ini meliputi topik isu tapak Masjid Kuarters KLIA, isu tanah perkuburan dan isu sekolah SARA yang masih belum selesai hampir 10 tahun.

Pihak JPM memohon supaya Jabatan Agama Islam Negeri atau MAINS membuat permohonan secara rasmi mengenai isu-isu yang diperbincangkan.



En Azlan Abd Majid dan En Ruslan Mohd Yusoff - Wakil BPH JPM