Ahad, 19 Jun 2011

KURSUS HAJI GABUNGAN 4 MASJID DAERAH SEREMBAN.

Tabung Haji dengan kerjasama Jawatankuasa Kursus yang terdiri daripada 4 buah masjid di Daerah Seremban telah mengadakan kurus haji praktikal pada 18 Jun 2011 Sabtu, bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 ptg bertempat di Masjid Kuarters KLIA.
Kursus ini menggabungkan 4 buah masjid di Daerah Seremban iaitu Masjid Negeri, masjid Bandar Baru Senawang, masjid Putra Nilai dan masjid Kuarters KLIA.
Seramai 1500 peserta telah mengikuti kursus haji praktikal tersebut.
Timbalan Pengurus Tabung Haji negeri Sembilan Tuan Hj Ramlan bin Saimo telah sudi menutup kursus tersebut.




















































Rabu, 1 Jun 2011

MASJID KUARTERS KLIA, JOHAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA.

Masjid Kuarters KLIA telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan mengumpul bahan bahan kitar semula bagi kawasan Nilai anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Negeri Sembilan.
Sebanyak 18 buah masjid kawasan Nilai telah menyertai pertandingan ini, dan jumlah pengumpulan sisa pepejal masjid kariah Kuarters KLIA adalah yang paling banyak diperolehi.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan pada 1 Jun 2011 di masjid Kuarters KLIA mulai jam 3.00 ptg. Penolong Pengarah Perbadanan En Azhar telah sudi meyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu Masjid Kuarters KLIA sebanyak RM 1000.00
Masjid Kuarters KLIA telah di wakili oleh Setiausaha Masjid, Hj Tajul Urus Dawam menerima sumbangan tersebut.









Selasa, 31 Mei 2011

SAMBUTAN HARI IBU MASJID KUARTERS KLIA.

Seperti biasa, masjid kuarters KLIA telah mengadakan sambutan Hari Ibu tahun 2011. Sambutan ini telah menjadi acara tahunan masjid ini bagi meraikan ibu-ibu yang banyak berjasa kepada keluarga.

 Perbagai acara telah diadakan seperti kuiz Al Quran, mencari harta karun, menyampaikan masej, kuaiz fardu ain dan hafazan alquran.

Disamping itu juga majlis telah mengumumkan penerima anugerah Ibu Mithali. Penerima anugerah tahun ini ialah Puan Rasnah bt Salleh dari Kelompok 8.